script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Kekurangan Dana, Blogger CMK Kini Terpaksa Kempen Gunakan Saluran Media Baru Sepenuhnya !!

KUANTAN - Gara-gara kekurangan dana untuk berkempen pada Pilihanraya Umum Ke-13 yang sedang berjalan sekarang ini, Blogger Cucumatkilau (foto) A.K.A Mohd Shukri Mohd Ramli memaklumkan beliau terpaksa menggunakan saluran media baru sepenuhnya untuk menambat hati pengundi. "Saya tak cukup dana, kekurangan jentera dan segalanya.. maka cara terbaik ialah menggunakan media baru sebagai paltform untuk saya berkempen secara online. Walau pun ia mungkin tidak relevan bagi sesetengah pihak.. namun bagi saya itu saja cara yang ada sekarang ini. Saya terpaksa menggunakan blog, facebook, twitter dan juga radio internet untuk menyebarkan agenda saya kepada rakyat. Jika dulu ketika bertanding atas nama parti, saya diusung ke sana sini dan jadual lawatan kerja diatur oleh orang lain.. Kini segalanya terpaksa dilakukan sendiri.. maka itulah saya terpaksa menggunakan segala yang ada termasuk media baru", kata blogger terbabit. Beliau merupakan calon bebas pro rakyat yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semambu, Parlimen Indera Mahkota pada Pilihanraya Umum Ke-13 ini. Ketika ditanya, ketiadaan poster, kain rentang dan benderanya di merata tempat seperti calon lain beliau berkata itulah dugaan dalam perjuangan. "Masalah teknikal yang berlaku tidak dapat dielakkan, apapun perjuangan tetap akan diteruskan hingga ke titisan dakwat celup dijari yang terakhir pada petang 5 Mei 2013 nanti. Kalah menang adalah adat dalam pertandingan.. Tapi bagi saya jika tidak hilang deposit itu sudah cukup baik untuk orang seperti saya... saya mahu buktikan bahawa saya bertanding atas kapasiti diri saya sendiri dan tiada dana daripada mana-mana pihak seperti yang difitnah sebelum ini. Saya tidak gusar dengan kekalahan.. namun saya mahukan kemenangan untuk menjadi pejuang rakyat yang lebih berani, tegas, lantang untuk menegur dan membawa isu-isu rakyat ke sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang selepas ini. Sokongan rakyat nampaknya semakin meningkat walau pun saya tidak sehebat calon-calon lain yang ditatang bagai minyak yang penuh oleh penyokong mereka", tambahnya. Pada pilihanraya umum ini, beliau akan bertanding tiga penjuru di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N13 Semambu. 


[Difahamkan, beliau akan bersiaran secara langsung di radio internet miliknya CMK FM pada jam 10.00 pagi ini untuk bertemu rakyat dalam suasana yang jauh berbeza dengan calon-calon lain. Anda boleh mendengar siaran radio tersebut Live di blog ini atau terus ke www.calonprorakyat.blogspot.com sekarang. Apa yang menarik, kaedah yang beliau gunakan ini adalah satu pembaharuan dalam kempen pilihanraya. Mungkin juga gara-gara kekurangan dana maka beliau terpaksa menggunakan strategi lain untuk berkempen. Apa yang menarik juga, beliau bertanding di kerusi DUN N13 Semambu yang merupakan kerusi majoriti Melayu tertinggi di negeri Pahang iaitu 56.80 yang ditandingi oleh calon bukan Melayu dari PKR dan BN. Maknanya beliau akan menjadi calon Melayu pertama yang bertembung tiga penjuru di kerusi DUN terbabit. Walau kekuatan beliau amat diragui, namun segalanya mungkin boleh berlaku jika kedua-dua calon terbabit menganggap "enteng" terhadap kehadiran beliau di sebelum ini. Ramai pihak yang terkejut dengan keputusan drastik beliau bertukar ke DUN Semambu, kerana sebelum ini dia sudah beberapa kali menyatakan kepada media dan semua pihak akan bertanding di kerusi DUN Teruntum dalam kawasan Parlimen Kuantan. Apapun, kemenangan blogger terbabit pasti akan  menggemparkan negeri Pahang khasnya dan Malaysia amnya kerana dia berjuang hanya berbekalkan semangat semata-mata dan bukan wang ringgit seperti calon-calon lain. Apapun segalanya boleh terjadi, info lanjut tentang agenda beliau boleh ke  blog PRU beliau DI SINI].
Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Perancangan Jangka Panjang Dan Pentadbiran Yang Bijaksana, Pastikan Pembangunan Negeri Dapat Dilaksanakan Secara Teratur

ROMPIN: Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang bertitah agar setiap daerah di negeri ini mempunyai visi yang jelas, perancangan jangka p...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.