[Penyandang kerusi Parlimen Serdang Teo Nie Ching dari parti DAP akan bertanding di Kulai pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Pengumuman itu dibuat oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada satu ceramah Pakatan Rakyat di Jalan Pasar di sini, malam Selasa.
Pengumuman tersebut turut menamatkan spekulasi mengenai kerusi Kulaijaya di antara Teo dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua di mana kedua-duanya disenarai pendek sebagai calon untuk kerusi yang disandang bekas Presiden MCA Tan Sri Ong Ka Ting.
Teo akan berdepan Timbalan Pengerusi MCA bahagian Kulai, Tay Chin Hein, 45.
DAP buat pertama kalinya mempertaruhkan calon wanita untuk kerusi parlimen tersebut.
Sementara itu, Lim turut mengumumkan pembantu setiausaha publisiti Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Johor, Wong Shu Qi, 30 sebagai calon untuk kerusi DUN Senai.
Dengan pengumuman Wong, ini bermaksud penyandang kerusi DUN Senai, Ong Kow Meng digugurkan dari senarai calon pilihan raya umum kali ini].
Dua maut kemalangan tiga kenderaan
-
ISKANDAR PUTERI – Dua penunggang motosikal maut selepas kenderaan dinaiki
mereka bertembung dengan sebuah kereta yang hilang kawalan di Kilometer
24.9, J...
59 minit yang lalu







Tiada ulasan:
Catat Ulasan