[Ini satu berita panas yang kami terima, berita memeranjatkan apabila Mohd Shukri Mohd Ramli yang sebelum ini diwar-warkan akan bertanding bebas di kerusi DUN Teruntum, Parlimen Kuantan tiba-tiba diumumkan akan bertanding menentang Dr.Fathul Bari Mat Jahaya (BN) di Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N15, Sanglang di Perlis Indera Kayangan pada Pilihanraya Umum Ke-13 ini. Laporan telah disiarkan di muka surat 7 akhbar Utusan Malaysia hari ini (18 April). Persoalannya, benarkan Shukri atau Blogger Cucumatkilau akan bertandinga atas tiket PAS di Perlis?. Ini satu persoalan yang sungguh mengejutkan, kerana sebelum ini beliau beberapa kali mendedahkan yang PAS masih belum menerima kemasukan beliau ke parti itu biar pun sudah lebih dua tahun menghantar borang permohonan. Sementara itu, blogger terbabit yang sempat dihubungi sebenar tadi mendakwa beliau amat terkejut dengan gambar yang terpampang di Utusan Malaysia itu. "jelas sekali nama dan gambar yang dipaparkan adalah wajah saya. Tapi kenapa PAS tak rujuk saya terlebih dahulu sebelum menyiarkan berita ini.. kini ramai yang hubungi saya baik orang PAS, PKR dan UMNO. Semua pihak kini keliru dengan laporan tersebut. Apapun, saya bersedia lawan Fathul Bari jika diizinkan. Saya sedang mengkaji kesahihan berita ini dan saya akan membuat sidang media esok berkenaan isu ini", kata Shukri. Timbul kemusykilan, siapakah yang tersilap dalam isu ini?. Pihak PAS Perlis atau Utusan Malaysia sendiri. Wajarkah blogger terbabit menyaman Utusan jika benar mereka bersalah menyiarkannya. Tambahan pula, sudah pasti undi beliau akan terjejas jika benar di bertanding bebas di DUN Pahang pada PRU13 ini nanti].
Dua maut kemalangan tiga kenderaan
-
ISKANDAR PUTERI – Dua penunggang motosikal maut selepas kenderaan dinaiki
mereka bertembung dengan sebuah kereta yang hilang kawalan di Kilometer
24.9, J...
Sejam yang lalu







Salam PBO
BalasPadamYong mengalu2kannya, jika benar, walaupun Yong bukan orang Peghelih. Yong orang PAS. Hehehe
Oops sorry, silap address. Tadi Yong kata PBO. Maksud Yong PDO. Jangan mare...
BalasPadamApapun, Yong ucapkan selamat berjuang.
Semoga Allah bersamamu.
Buang masa je CMK ni. Bukan ada orang undi pun. Jenis syok sendiri je.
BalasPadamFathok Bari.....nasib engkau nanti sama lah macam Ustaz Firdaus , Mantan Imam Besar Masjid Negara, tak sapa ambik tau dia sekarang ini.....semat semata mata jadi perkakas politik BN...... tak faham faham Mamat ni..... nafsu tu besar nak jadi YB...... kalau berkuliah dia lah yang hebat sekali, berbuih buih mulut
BalasPadamDulu koi minat sangat dengan mamat ni..pakej bagus dengan ilmunya..keterampilannya ..dan banyak lagi..tapi bila masuk bertanding atas tiket amenogok pulak telah terpadam semua tu..nasihat koi contohilah Ustz ASRI
BalasPadam