Setelah sekian lama berteka-teki, akhirnya bekas krew Pahang Daily Online (PDO) iaitu Mohd Shukri Mohd Ramli (foto) atau lebih dikenali sebagai CMK@Blogger Cucumatkilau tampil membuat kenyataan berhubung keputusan beliau sama ada mahu meneruskan hasrat untuk bertanding pada Pilihanraya Umum Ke-13 ini. Beliau yang kini menjadi aktivis bebas pro-rakyat baru saja melancarkan radio internet terbaru CMK FM yang bersiaran 24 jam menerusi www.cmkradio.blogspot.com sekarang (turut boleh didengari di blog ini). Menurut posting terbarunya di laman sembang sosial facebook, beliau akan membuat kenyataan panas berhubung situasi terkini hala tuju masa depannya Jumaat ini. Selepas dua kali menyertai pilihanraya umum dan berpengalaman hampir 15 tahun sebagai "blogger" maka sudah tiba masanya dia mengambil keputusan itu memandangkan pilihanraya umum ke-13 kini semakin hampir. Malah, katanya tanggal 11 Februari 2013 genaplah dua tahun dia bergerak sebagai aktivis selepas mengundur diri dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 11 Februari 2011 (11.2.11) yang lalu. "Tanggal 11 Feb 2013 lalu, Genaplah Dua Tahun CMK Bersara Dari Politik Kepartian & Menjadi AKTIVIS BEBAS PRO RAKYAT .. Ramai Yg Tertanya2 Adakah CMK Akan Mencuba Lg Bertanding PRU-13 Ini Selepas PRU-12 Dan Sebelum Itu... Nantikan Kenyataan PANAS CMK LIVE Di Radio Internet CMK FM (www.cmkradio.blogspot.com) Jumaat Ini", kata kenyataan FBnya.
Oleh itu, sama-sama dengarkan radio internet CMK FM untuk mendengar lebih lanjut pendedahan panas beliau itu. Apapun, PDO mengucapkan selamat berjuang kepada blogger yang telah banyak menyumbang jasa menyedarkan rakyat tentang perubahan selama dia menjadi krew PDO satu ketika dulu. Dengarkan CMK FM di SINI atau menerusi TUNE IN RADIO di Anroid (iTab, iPad, Blackberry, Windows Phone, Smartphone dll). Search CMK FM. "Saya tidak gusar kalah atau menang sebab kekuatan saya hanya pada media baru dan bukan pada wang ringgit seperti orang lain. Malah, pilihan saya jika kalah saya sememangnya akan terus berjuang dengan cara saya sekarang. Jadi calon parti pun kalau nak kalah.. kalah juga kan.. maka tidak menjadi masalah langsung. Apa yang penting jika pengundi mahu pejuang rakyat yang lebih berani, konsisten, lantang dan tegas mewakili mereka.. maka pilihlah.. jika tida, mereka pilihlah sesiapa saja.. kalah atau menang saya tetap akan berjuang dan membela rakyat seperti biasa", kata blogger itu lagi.
Info Blogger Cucumatkilau Klik di www.calonprorakyat.blogspot.com
[Selepas panas dengan spekulasi selama ini akhirnya beliau mengesahkan akan bertanding pada Pilihanraya Umum Ke-13 nanti. Satu sidang media akan diadakan jam 3.00 petang, Jumaat ini (5 April 2013) di Kuantan. Beliau yang pernah menjadi calon KeADILan untuk bertanding pada dua pilihanraya terdahulu kini sudah tidak bersama parti itu lagi, kerana mahu bergerak sebagai Aktivis Bebas. Banyak pendedahan dan pembongkaran yang dilakukannya telah mendapat perhatian daripada kerajaan negeri termasuk pihak istana Pahang sendiri selama ini. Susulan, keputusannya untuk bergerak sebagai aktivis maka dia tidak lagi tercalon untuk bertanding mewakili mana-mana parti politik di negara ini. Justeru, dia mengambil keputusan untuk bertanding atas kapasiti calon bebas yang "Pro Rakyat". Apapun, sama-sama kita nantikan sidang media beliau berkenaan perkara ini. Difahamkan, dia akan bertanding di salah satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang terdapat di bandar Kuantan. Pada PRU-12 lalu, dia bertanding atas tiket PKR di DUN Kemayan, Bera. Kehadirannya pada PRU-13 ini pasti memeriahkan lagi PRU13 bagi kerusi bandar kali ini. Kerusi parlimen yang melibatkan bandar ialah Parlimen Kuantan, Indera Mahkota dan Paya Besar. Manakala, kerusi DUN pula ialah Teruntum, Semambu, Tg.Lumpur, Inderapura serta Beserah. Soalnya, di mana beliau akan bertanding !!].








