script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

UTC Kuantan Mulakan Operasi Secara Rasmi Semalam

KUANTAN, 2 April - Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuantan yang berfungsi sebagai pusat sehenti di Terminal Makmur, di sini, memulakan operasinya semalam. Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Datuk Zulkifli Yaacob (foto) berkata, orang ramai khususnya warga Kuantan boleh mengunjungi pusat itu bermula jam 8 pagi hingga 10 malam setiap hari. Menurutnya, UTC bernilai RM25 juta itu akan memenuhi keperluan orang ramai untuk menyelesaikan urusan berkaitan agensi kerajaan dan perbankan dengan lebih mudah serta cepat. “Sebanyak 76 jabatan kerajaan dan institusi perbankan serta 55 premis perniagaan beroperasi bermula jam 8 pagi hingga jam 10 malam. Ia dibuka setiap hari termasuk cuti hujung minggu. “UTC ini akan menjadi pusat sehenti untuk penduduk bandar mendapatkan pelbagai perkhidmatan daripada agensi kerajaan dan swasta,” katanya. Zulkiflli berkata, antara agensi itu ialah PDRM, JPJ, Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta MPK sendiri. “Selain itu, institusi perbankan dan kaunter bayaran bil elektrik, air dan telefon juga akan mempunyai kios di situ. Kuantan adalah UTC keempat selepas dilaksanakan di Melaka, Kuala Lumpur dan Perak. “Saya harap orang ramai  menmanfaatkan pusat itu kerana kedudukannya di pusat bandar,” katanya kepada media.


[Ramai pihak yang mengutuk pembinaan UTC ini sebenarnya. Namun dalam masa yang sama mereka juga harus sedar ia adalah satu kemudahan terbaru untuk rakyat Kuantan. Semuan agens yang berkaitan kini berada di bawah satu bumbung. Ia memudahkan rakyat untuk membuat urusan tanpa perlu menghadapi masalah lagi dengan kesesakan jalanraya dan sebagainya. UTC Kuantan kini menjadi mercu tanda terbaru di bandar ini. Namun, ramai yang hairan dan terkejut kenapa ada pembinaan sebuat gelanggang Futsal berhadapan dengan bangunan UTC itu. Ia sedikit mencacatkan pemandangan dan tidak bersesuaian dengan lokasi berkenaan. Di minta pihak Majlis Perbandaran Kuantan siasat kenapa kebenaran membina gelanggang futsal di situ boleh terlepas pandang. Ramai yang mempertikaikan projek yang mencacatkan pemandangan].
Share:

2 ulasan:

  1. MMg bagus kewujudan UTC kat Kuantan. Yang saya tak puas hati kenapa begitu tergesa² buat UTC sehinggakan Rakyat yang didahulukan dibiarkan menunggu bas di teminal bas sementara yang hanya menggunakan canopy? Dah le kuantan sekarang ni panas sangat. kesian kat rakyat. lagi elok kalau tunggu je Terminal kat Indera Mahkota tu siap sepenuhnya baru le take over terminal makmur untuk dijadikan utc... kesian saya tengok rakyat yang didahulukan berpanas kat terminal sementara yang macam kem pelarian...

    BalasPadam
  2. i totally agree with aku rakyat. kesian org awam yg terpaksa menunggu bas di bawah kanopi. apalah salahnya kalau tunggu terminal baru di indera mahkota siap. cuba bayangkan pulak kalau hujan macam mana. mesti habis basah terkena tempias.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Perancangan Jangka Panjang Dan Pentadbiran Yang Bijaksana, Pastikan Pembangunan Negeri Dapat Dilaksanakan Secara Teratur

ROMPIN: Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang bertitah agar setiap daerah di negeri ini mempunyai visi yang jelas, perancangan jangka p...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.