[Apa sudah jadi dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM Cawangan Pahang) di Bandar Tun Razak Jengka?. Kini heboh diperkatakan pihak Unit Keselamatan UiTM Jengka telah menyaman seorang pelajar hanya kerana dia meletakkan pelekat sticker tertera gambar pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus. Tindakan ini jelas sekali sesuatu yang tidak boleh diterima dek akal fikiran yang waras sebenarnya. Bukankah Ustaz Azhar Idrus itu adalah pendakwah bebas dan dia bukan seorang pemimpin parti politik, maka kenapa UiTM boleh bertindak sedemikian terhadap lejara mereka?. Tak mungkin hanya kerana sticker pihak UiTM boleh mengambil tindakan kepada pelajar terbabit. Jika benar ia berlaku, walau pun sudah berlalu maka ia ternyata sungguh memalukan sebenarnya. Justeru, PDO menentang keras segala pencabulan hak-hak asasi manusia seperti ini. Nampak benar UiTM kini sudah dipimpin oleh mereka yang cenderung ke arah politik, lantara tergamak mengeluarkan arahan yang jelas sekali tidak wajar ini. Justeru, kepada mana-mana pelajar yang mengalami nasib yang sama seperti ini sila emailkan info kepada pahangdaily@yahoo.com untuk didedahkan. Kita mahu seluruh rakyat Malaysia melihat dengan mata dan kepala mereka sendiri betapa jumudnya institusi pendidikan tinggi di negara kita sekarang ini. Oleh itu, bersedia untuk perubahan!].
Dua maut kemalangan tiga kenderaan
-
ISKANDAR PUTERI – Dua penunggang motosikal maut selepas kenderaan dinaiki
mereka bertembung dengan sebuah kereta yang hilang kawalan di Kilometer
24.9, J...
Sejam yang lalu







nanti lekat sticker gambar PM pun salah..tapi aku tak tergamak wei..
BalasPadamundang2 uitm suh lekat sticker pun x ikut..esk undang2 negara pun x ikut jgak...
BalasPadam