script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Mana Hilangnya 'Zaidi Ahmad'? Semasa Anwar Umum Calon Kerusi Parlimen PKR Pahang Malam Tadi

KUANTAN, 10 April - Ramai pihak yang keliru dengan ketiadaan kelibat Pengarah Strategi Pilihan Raya PKR Pahang, Zaidi Ahmad (foto) bersama di barisan hadapan ketika Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan nama-nama calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang yang akan bertanding pada Pilihanraya Umum Ke-13 ini. Anwar membuat pengumuman tersebut di Hotel Megaview dekat sini yang dihadiri oleh sebahagian besar pimpinan PKR Pahang serta para wartawan media. Soalnya sekarang, mana hilangnya Zaidi?. Kenapa beliau tidak berada di sebelah Anwar ketika pengumuman dibuat?. Walau pun ada pihak yang mengatakan dia yang menguruskan program tersebut, namun timbul kemusykilan kerana sebelum ini beliau dengan berani telah mengumumkan calon dan kerusi yang akan ditandingi oleh PKR pada PRU13 ini. Dalam kenyataannya ketika itu, PKR Pahang akan bertanding di lima kerusi parlimen dan 16 kerusi DUN di negeri ini. Pengumuman Zaidi telah mendapat kritikan pedas oleh beberapa orang pemimpin dan penyokong PAS yang kecewa dengan sidang media tersebut. Soalnya sekarang, siapa yang memberi arahan kepada Zaidi untuk membuat sidang media terdahulu?. Layakkah beliau membuat pengumuman sedangkan Pengarah Pilihanraya PKR Pahang ialah Ahmad (Nestle)?. Malah, ramai juga yang keliru apakah motif dia bertindak demikian tanpa mengambilkira persefahaman yang wujud antara rakan-rakan lain dalam Pakatan Rakyat (PR).  Pada sidang media malam tadi, Anwar mengumumkan PKR akan bertanding di lima kerusi (sama seperti dinyatakan Zaidi) iaitu Kuantan (Fuziah Salleh), Indera Mahkota (Dato' Fauzi), Paya Besar (Murni Hidayah) dan Pekan (Fariz Musa). Hanya yang berbeza ialah Parlimen Bera yang sebelum ini dikatakan Temerloh oleh Zaidi.  


Bera akan ditandingi oleh bekas Pengerusi PKR Pahang sebelum Dato' Fauzi iaitu Zakaria Abd Hamid. Jika benar PKR bertanding di Bera, kenapa sebelum ini Zaidi tanpa merujuk kepada PAS mengatakan PKR bertanding di Parlimen Temerloh (kerusi bertindih) ketika itu. Maknanya Zaidi telah melanggar prinsip kesepakatan di dalam Pakatan Rakyat atas tindakan beliau itu. Malah dia juga dengan berani menyatakan PKR meletakkan calonnya di DUN Ketari (Mohd Nor Hassan) dan DUN Tanah Rata (Tan We Wun). Tindakan beliau itu tidak disenangi pula oleh pimpinan DAP kerana Ketari adalah kerusi "kubu kuat" DAP sama seperti di DUN Triang. Apapun, kenyataan DUN Tanah Rata menjadi akhirnya bila DAP bertukar dengan PKR untuk bertanding di DUN Damak baru-baru ini. 


[Namun persoalannya sekarang, PKR sepatutnya mengambil tindakan tegas terhadap Zaidi atas kesilapan yang beliau lakukan. Siasatan harus dilakukan juag terhadap pihak yang mengarahkan Zaidi berbuat demikian. Hati dan perasaan dalam Pakatan Rakyat haruslah diambilkira sebelum membuat sesuatu kenyataan terutamanya Sidang Media. Jika dulu Dato' Zaid Ibrahim pernah diasak kerana membuat sidang media ketika pemilihan OKR 2010 hingga menyebabkan dia akhirnya keluar dari parti itu. Maka, kini tindakan harus dikenakan terhadap Zaidi yang jelas sekali  membuat kenyataan sewenang-wenang tanpa mengambilkira keputusan semua pihak atas kerusi yang bertindih. Malah, PKR juga perlu menyiasat kenapa Zaidi bertindak demikian, sedangkan beliau bukanlah Pengerusi Negeri atau sebaliknya. Malah dia juga pernah meletakkan jawatan sebelum ini. Kehadiran secara mengejut menyebabkan ramai juga orang PKR sendiri yang terkejut. Dia dilihat sengaja memandai-mandai untuk mengeruhkan keadaan. Apakah PKR berani mengambil tindakan terhadap Zaidi kerana hubungannya yang rapat dengan kepimpinan negeri atau sebaliknya?. Tindakan membuat sidang media tanpa merujuk kepada keputusan Pakatan Rakyat adalah satu tindakan yang jelas sekali telah pun melanggar prinsip dan kesepakatan itu sendiri sebenarnya].
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Perancangan Jangka Panjang Dan Pentadbiran Yang Bijaksana, Pastikan Pembangunan Negeri Dapat Dilaksanakan Secara Teratur

ROMPIN: Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang bertitah agar setiap daerah di negeri ini mempunyai visi yang jelas, perancangan jangka p...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.