[Ini berita panas yang baru kami terima, jika PAS meletakkan Aisyah "Janji Manis Mu" untuk bertanding di kerusi Parlimen Jempol, Negeri Sembilan kini ada perkabaran baru mengatakan Awie Wings akan diletakkan sebagai calon UMNO BN di Parlimen Bukit Bintang. Menurut sumber, maklumat yang diperolehi dari Wisma Putra mengatakan Awie diberi ruang untuk bertanding disitu kerana namanya amat popular sebagai artis dan boleh menarik ramai pengundi muda untuk menyokong BN. Jika benar dakwaan ini, maka kini nampaknya golongan artis sudah pun mendapat tempat dikalangan pemimpin politik di negara kita. Semuanya gara-gara untuk menarik undi orang muda yang bakal menjadi penentu keputusan pilihanraya umum ke-13 ini. Bertuah benar golongan artis yang menyertai politik, dek kerana populariti mereka maka peluang lebih terbuka luas untuk dicalonkan. Apapun, terdapat maklumat PAS Jempol amat kecewa keputusan pencalonan Aisyah di situ. Ini kerana, ia langsung tidak menghormati pemimpin kawasan yang sudah lama membuat kerja untuk parti selama ini. Namun, mereka terpaksa akur dengan keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan. Menentang bererti dituduh pengkhianat, maka terimalah kenyataan !].
Dua maut kemalangan tiga kenderaan
-
ISKANDAR PUTERI – Dua penunggang motosikal maut selepas kenderaan dinaiki
mereka bertembung dengan sebuah kereta yang hilang kawalan di Kilometer
24.9, J...
Sejam yang lalu







Aisyah memang layak menjadi calon. Beliau walaupun kurang berpengalaman tetapi mampu menarik pengundi menyokong Pas. Kelebihan yang dimiliki ialah kebolehannya menarik simpati pengundi wanita. Beliau memiliki masa depan cerah dalam dunia politik jika orang pas istiqamah terhadap perjuangan dan bukan mengutamakan jawatan. Aisyah wajib disokong jika benar pas Jempol ingin memperjuangkan Islam.
BalasPadamJika awie dipilih, nak harapkan apa daripada pemuda ini?? Mendaulatkan Islam??? Tepuk dada tanya iman.
BalasPadamJika awie dipilih sebagai calon; sebelum mengundi beliau, kenalilah beliau.