[Seorang lagi artis terkenal tanahair dikatakan akan menyertai Parti Islam SeMalaysia (PAS). Beliau ialah dramatis Abu Bakar Omar. Difahamkam penyerahan borang akan dilakukan di Taman Rakyat Jalan Sultanah Alor Setar malam ini. Abu Bakar sebelum ini dilihat bersama dalam banyak program anjuran PAS di negeri itu. Jika benar maklumat ini maka kini bertambah seorang lagi golongan artis yang bertindak menyertai parti itu, walau pun hebih diperkatakan tentang video seks yang melibatkan Setiausaha Agungnya, Mustafa Ali baru-baru ini. Sokongan golongan artis terhadap PAS kini semakin meningkat, tambahan pula apabila parti itu mengikhtiraf artis iaitu Aishah "Janji Manismu" sebagai calon di Parlimen Jempol pada Pilihanraya Umum Ke-13 ini nanti. Syabas buat Abu Bakar Omar yang amat popular dengan panggilan Bacok dalam filem "Toyol" satu ketika dulu. Sebelum ini beliau yang terkenal semasa era filem Opah di dalam Tv1 dan Tv3 dahulu telah berikrar untuk menolong calon Pakatan Rakyat pada pru 13 ini. Abu Bakar yang berasal dari Titi Gajah, Alor Setar, Kedah terkenal sebagai pelakun yang hebat dan pernah menang beberapa anugerah di bidang lakonan].
Dua maut kemalangan tiga kenderaan
-
ISKANDAR PUTERI – Dua penunggang motosikal maut selepas kenderaan dinaiki
mereka bertembung dengan sebuah kereta yang hilang kawalan di Kilometer
24.9, J...
Sejam yang lalu







Tiada ulasan:
Catat Ulasan