[Siapakah bakal calon UMNO Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding untuk menentang Dato' Fauzi Abdul Rahman (PKR) di kerusi Parlimen Indera Mahkota pada Pilihanraya Umum Ke-13 ini agaknya?. Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN akan membuat pengumuman tersebut di Putrajaya hari ini. Menurut sumber, dua calon popular yang kini menjadi pilihan ialah Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, Dato' Mohd Hazmi Mohd Yusof dan Ketua UMNO Bahagian Kuantan, Dato' Wan Adnan Wan Mamat. Menerusi temubual rambang rakyat di situ ternyata mereka lebih menyukai Hazmi menjadi calon BN kerana beliau dilihat lebih mesra rakyat dan sering turun padang sejak menjadi Ketua UMNO di situ. Beliau sering terlibat dengan berbagai program kemasyarakatan dan amat dekat di hati rakyat. Malah, hubungannya dengan rakyat tidak kira fahaman politik amat baik sekali. Tambahan pula dia mudah ditemui rakyat termasuk di gerai-gerai makan dan restoran sekitar kawasan itu. Sikap tersebut menyebabkan rakyat lebih menyukai beliau daripada Wan Adnan. Lagi pun Wan Adnan pernah menjadi Ahli Parlimen Indera Mahkota sebelum dirampas PKR pada PRU lalu. Wan Adnan adalah merupakan Exco Kerajaan Negeri Pahang yang juga manta ADUN Tg.Lumpur di Parlimen Kuantan sebelum parlimen di bubarkan. Ramai berpendapatan, jika Hazmi bertanding maka harapan BN untuk menang amat cerah berbanding Wan Adnan. Apapun, kedua-dua mereka adalah anak buah Dato' Fauzi ketika berada dalam UMNO dulu. Dato' Fauzi ketika itu Ketua UMNO Kuantan dan kedua-dua mereka Ahli Jawatankuasa beliau. Maknanya, kini "anak buah bertemu bekas boss mereka" di Parlimen Indera Mahkota PRU-13 ini].
Dua maut kemalangan tiga kenderaan
-
ISKANDAR PUTERI – Dua penunggang motosikal maut selepas kenderaan dinaiki
mereka bertembung dengan sebuah kereta yang hilang kawalan di Kilometer
24.9, J...
Sejam yang lalu





