[Setelah sekian lama berteka-teki parti manakah yang akan bertanding di DUN Teruntum bagi mewakili Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum Ke-13 nanti, akhirnya Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) memutuskan kerusi itu bakal ditandingi oleh calon PKR. Beliau memaklumkan demikian dalam satu sidang medianya selepas Majlis Jamuan Makan Malan di Restoran Mexica dekat Kuantan malam tadi. Dengan keputusan ini maka desas-desus mengatakan Pengawai Khas Fuziah Salleh, Sim Chong Siang akan bertanding di situ semakin terserlah. Sebelum ini, kerusi panas itu menjadi perebutan antara PKR dan DAP hingga mencetuskan masalah kepada Pakatan Rakyat untuk menentukan parti mana yang lebih berhak. Difahamkan, DAP akhirnya sedia berkompromi selepas calon mereka dihantar bertanding ke kerusi DUN Ketari dekat Bentong PRU-13 ini. Dengan keputusan ini juga bermakna, pertembungan tiga penjuru tetap akan berlaku di DUN Teruntum antara Chang Hong Seong (MCA-BN), Sim Chong Siang (PKR-PR) dan Mohd Shukri Mohd Ramli (CMK-Bebas). Berdasarkan statistk terkini, pengundi Melayu di DUN Teruntum hanyalah 40% daripada jumlah keseluruhan. Soalnya, dapatkan calon bebas memecahkan tradisi wakil rakyat dari kalangan kaum Tionghua di kerusi DUN itu nanti?. Turut hadir bersama Wan Azizah pada pengumuman itu malam tadi ialah dua orang Naib Presiden PKR sendiri iaitu Tian Chua dan Fuziah Salleh].
Dua maut kemalangan tiga kenderaan
-
ISKANDAR PUTERI – Dua penunggang motosikal maut selepas kenderaan dinaiki
mereka bertembung dengan sebuah kereta yang hilang kawalan di Kilometer
24.9, J...
Sejam yang lalu







Tiada ulasan:
Catat Ulasan