script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Calon PKR 'Kerusi Parlimen Bera' Di Tolak PAS

BERA, 10 April - Harapan Pakatan Rakyat untuk menakluki Parlimen Bera mungkin musnah sepenuhnya jika keputusan meletakkan Zakaria Abd Hamid (foto), Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertanding di situ tidak ditarik balik oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Demikian ditegaskan oleh beberapa orang pemimpin PAS Kawasan yang dihubungi oleh PDO selepas pengumuman Anwar di Kuantan malam tadi. Tambah panas lagi, apabila kini ada pula Gerakan memprotes PKR rampas kerusi Parlimen Bera (P90) di laman sembang sosial facebook yang diwujudkan. Jika ini keadaannya, maka Anwar sepatutnya memikirkan sesuatu sebelum membuat keputusan. Difahamkan antara perkara yang dipertikaikan ialah Kerusi Parlimen Bera bukan kerusi bertindih, telah dipersetujui sebagai kerusi PAS, tidak pernah terlibat dalam mana-mana rundingan pertukaran kerusi sebelum ini. Jentera dan ahli bawahan telah bekerja bersungguh-sungguh dan berkorban kerana PAS Pahang telah meletakkan kerusi ini sebagai parlimen target pada Pilihanraya Umum Ke-13 ini nanti. Namun, sebahagian daripada mereka amat kecewa apabila kerusi itu dirampas oleh PKR. Sebelum ini, Parlimen Bera ditandingi oleh Mazlan Aliman, Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK). Namun kini beliau diarahkan bertanding di negerinya sendiri iaitu Johor, oleh pimpinan PAS pusat. Maka itu Bera akhirnya akan ditandingi oleh calon PAS tempatan, sehinggalah terdapat laporan PKR mahu bertanding di situ secara tiba-tiba selepas mereka gagal pertahankan Parlimen Temerloh. Difahamkan sebanyak 30 dari 37 ketua Unit Peti Undi (UPU) telah menyatakan bantahan. Malah menurut kenyataan terbabit, tindakan PKR merampas kerusi Parlimen Bera dalam keadaan mereka tidak bekerja dan tidak mempunyai jentera dilihat suatu pengkhianatan kepada persefahaman dalam Pakatan Rakyat di Bera.  PKR tidak seharusnya menjadikan PAS Bera sebagai kambing hitam setelah kecewa mendapatkan kerusi Parlimen Temerloh. Persengketaan mereka di Temerloh sepatutnya diselesaikan di sana, Bera tidak berkaitan. Calon yang diletakkan oleh PKR tidak dikenali oleh akar umbi, tidak bekerja di dalam kawasan, tidak pernah menyertai program-program kawasan selama ini. Cuma yang sering diwar-warkan oleh ejen-ennya beliau pernah kalah bertanding kerusi DUN di sini suatu ketika dulu.   Terkini, satu jawatankuasa bertindak telah ditubuhkan untuk mewakili suara-suara seluruh Ketua UPU dalam Parlimen Bera. Pengerusi jawatankuasa bertindak itu akan mengumumkan langkah seterusnya dalam masa kurang lima hari dari hari ini. Laporan lanjut menyusul. 


[Penolakan besar-besaran terhadap calon Pakatan Rakyat ini adalah sesuatu yang cukup mengejutkan. Tambahan pula ia berlaku beberapa hari lagi menjelang hari pencalonan Pilihanraya Umum Ke-13 tidak lama lagi. Parlimen Bera kini diwakili oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Jika krisis seperti ini berlaku, maka ia akan memudahkan laluan Barisan Nasional (BN) menang di situ. Di tambah dengan undi protes yang pastinya akan berlaku. Tidak dimaklumkan apakah ada ahli PAS yang akan bertanding sebagai calon bebas akibat kecewa dengan keputusan ini?. Apapun, kemungkinan besar itu pasti ada bila mana pencalonan Zakaria ini tidak ditarik balik oleh Anwar Ibrahim  agaknya. Kini, kerusi panas yang dijangka boleh menyumbangkan kerusi buat Pakatan Rakyat ke Putrajaya sudah pasti musnad di Pahang. Apapun, keadaan masih terkawal bila mana antara UMNO sendiri juga sedang bergolak di Bera sekarang ini antara Ismail Sabri dengan Mustafa Yassin. Ada ura-ura Mustafa akan mengambil alih tempat Ismail selepas menunggu satu penggal pilihanraya. Jika ini berlaku sudah pasti pertembungan Ismail-Mustafa juga cukup hebat. Makanya, siapa yang bertanding bebas di Parlimen Bera mungkin akan mendapat kemenangan muda kali ini. Soalnya, adakah sesiapa yang berani tawarkan diri. Kini pengundi Parlimen  Bera yang akan menentukannya !!].
Share:

5 ulasan:

  1. PKR letak calun di Bera selepas Pas meminta pertukaran dengan Temerloh. Pertukaran ini telah dipersetujui pucuk pimpinan pada Isnin lalu. Tidak timbul isu merampas, malahan PKR beralah kerana Ust Nasarudin akan bertanding di Temerloh. PKR melihat Zakaria adalah calun paling sesuai memandangkan beliau anak kelahiran Kg Jelam (Dun Guai) dan dibesarkan di Felda Bukit Mendi (Dun Triang). Sesiapa yang mengenali Zakaria memang akui perwatakannya amat mesra dan sentiasa merendah diri. Mungkin yang belum kenal merasa terkejut dengan pengumuman ini. Rasanya isu ini dapat ditangani dengan baik dalam masa terdekat.

    BalasPadam
  2. Calun PAS atau PKR ,jangan dikesahkan, yg penting sekali calun itu org Melayu. Matlamat perjuangan adalah utk memerintah di Putera jaya serta membuat perubahan dasar yg tidak adil kpd rakyat keseluruhan. Siapa saja jadi wakil , berilah sokongan. Kalau tak setuju juga, hubungi DSAI segera. Janganlah perkara sebegini menjejas matlamat utama utk ke Putera jaya. Tiga parti ini bergabung utk mengambil alih kerajaan pusat.

    BalasPadam
  3. Saya sependapat dgn Anon 9:08:00 tujuan kita ke putrajaya. Bincang segera sebarang kekeliruan. pangkah ABU.

    BalasPadam
  4. Saya setuju dengan komen...PKR letak calun di Bera selepas Pas meminta pertukaran dengan Temerloh. Pertukaran ini telah dipersetujui pucuk pimpinan pada Isnin lalu. Tidak timbul isu merampas, malahan PKR beralah kerana Ust Nasarudin akan bertanding di Temerloh...bagi saya sebelum pihak KEADILAN BERTINDAK DEMIKIAN sudah pasti mendapat persetujuan bersama...

    BalasPadam
  5. Blog PDO ni dah lain macam. Mencari kelemahan PR dan menimbulkan syak wasangka pendokong PR. Baguslah....

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Perancangan Jangka Panjang Dan Pentadbiran Yang Bijaksana, Pastikan Pembangunan Negeri Dapat Dilaksanakan Secara Teratur

ROMPIN: Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang bertitah agar setiap daerah di negeri ini mempunyai visi yang jelas, perancangan jangka p...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.