[Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Jerlun pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei nanti.
Beliau sebaliknya akan berubah kedudukan dengan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hitam.
Selain itu, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Mahadzir Khalid juga tidak akan mempertahankan kerusi DUN Pedu yang dimenanginya pada 2008.
Mahadzir akan berpindah kerusi dengan bertanding di kerusi Parlimen Padang Terap.
Sementara itu, Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Sahlan Ismail akan bertanding di Parlimen Pokok Sena.
Beliau akan melawan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang merupakan penyandang kerusi.
Sahlan adalah calon muka baru pada PRU-13.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom diumumkan sebagai calon muka baru bagi kerusi Parlimen Padang Jerai].
Dua maut kemalangan tiga kenderaan
-
ISKANDAR PUTERI – Dua penunggang motosikal maut selepas kenderaan dinaiki
mereka bertembung dengan sebuah kereta yang hilang kawalan di Kilometer
24.9, J...
Sejam yang lalu






Tiada ulasan:
Catat Ulasan