[Bagi menjaga hati penyokong Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) akhirnya terpaksa mengambil keputusan untuk memberi laluan kepada rakan sekutunya meletakkan calon di kerusi Parlimen Temerloh.
Keputusan itu menyaksikan Ketua Cabang PKR Temerloh, Nizam Abdul Hamid yang didakwa oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya telah bekerja lama di kawasan Parlimen Temerloh terpaksa memberi laluan kepada calon dari Pas.
"Saya juga seperti mana biasa hanya akan umum nama-nama calon yang telah dipersetujui di kawasan-kawasan Parlimen yang tak bertindih atau dipertikai bagi menjaga persetujuan antara parti.
"Saya tidak kira tentang pengumuman parti lain, kalau ada sedikit percanggahan yang menimbulkan sedikit sebanyak keresahan, saya masih patuh kepada semangat muafakat pakatan pembangkang," katanya.
Anwar berkata demikian pada sidang akhbar di sebuah hotel di sini malam tadi.
Pada PRU-12, kerusi Temerloh ditandingi calon PKR.
Ditanya mengenai pengumuman beberapa pemimpin PKR negeri untuk bertanding bebas kerana tidak berpuas hati dengan calon yang dipillih, beliau seperti dijangka dengan pantas mengaitkannya dengan taktik UMNO.
"Ini bukan isu, kita dah boleh jangka. Banyak wang melayang, kita dah dengar sebulan lalu taktik ini akan digunakan UMNO, beli sebanyak mungkin.
"Tapi pada saya rakyat sudah buat keputusan sama ada untuk pakatan pembangkang atau BN," dakwanya.
Pada sidang akhbar itu, juga, Anwar mengumumkan bekas Pengerusi PKR negeri, Zakaria Abdul Hamid sebagai calon parti itu di Parlimen Bera.
Untuk kerusi Parlimen Pekan, Anwar mengumumkan Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa, 43, sebagai calon di kerusi itu]. sumber
Dua maut kemalangan tiga kenderaan
-
ISKANDAR PUTERI – Dua penunggang motosikal maut selepas kenderaan dinaiki
mereka bertembung dengan sebuah kereta yang hilang kawalan di Kilometer
24.9, J...
Sejam yang lalu







dri satu sudut, PAS berhak bertanding di Parlimen Temerloh kerana PKR cabang Temerloh tidak bermaya dan seperti hidup segan mati x mau di bawah ketua cabangnya. Namun PAS tidak boleh mendabik dada bahawa kerusi parlimen Temerloh adalah kerusi tradisinya. PAS sebenar telah tersilap percaturan dgn meletakkan Nasharudin Tantawi sebagai calon di Parlimen Temerloh yg boleh di katakan calon 'gerenti' kalah jika UMNO meletakkan calon yg benar2 berwibawa dan dekat dgn masyrakat. PAS ada peluang menang hanya sekiranya MCA bertanding di Temerloh sebagai mana di ura-urakan. X nampak di mana wibawanya Nasharuddin Tantawi kecuali hanya di kenali sebagai Ketua Pemuda PAS. Tidak jauh bezanya antara Nasharuddin Tantawi dan Syamsul Iskandar ketua AMK, lembab, tidak kreatif. Di pihak UMNO, kesilapan besar jika mengugurkan Saifudin Abdullah di parlimen Temerloh. Jika exco paling senior Pahang iaitu Shakar di pilih, maka ibarat UMNO sudah kalah. Namun PKR cabang Temerloh tidak boleh 'bising2' terlepas kerusi Parlimen Temerloh kerana ianya salah sendiri kerana ketuanya gagal menonjolkan kekuatan PKR Temerloh. Hanya hebat di pentas ceramah( itu pun lebeh byk menumpang pentas PAS).Nasi sudah menjadi bubur. Penghujung karier politik kepada Nizam Abdul Hamid sekiranya tidak mengubah sikap malas, bodek dan kedekut utk mengeluarkan duit poket utk menjayakan sesuatu program. Selamat mengundi dan pilihlah calon yg betul2 berwibawa, yg berkhidmat utk masyarakat, amanah, dan tidak perasan 'elit'. Dan selamat bertanding kepada sdr Zakaria Abdul Hamid calon PKR parlimen Bera, anak jati Bera dan anak seorang peneroka di Felda Bukit Mendi. Berkelulusan dri Amerika Syarikat.
BalasPadam