KUANTAN, 21 Feb - PAS Pahang mengerahkan kira-kira 10,000 ahlinya dari semua 14 kawasan di negeri itu untuk turun ke demonstrasi membantah loji memproses nadir bumi Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di Gebeng, Ahad ini. Pesuruhjaya PAS negeri Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (foto) berkata, setakat ini Naib Presiden PAS Salahudin Ayub sendiri telah mengesahkan kehadirannya bagi mengetuai penyokong mereka. "Saya juga mendapat berita bahawa ahli kita dari Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka turut memberi komitmen untuk menyertai perhimpunan berkenaan. "Tetapi saya tidak pasti jumlahnya," katanya, purata 1,000 ahli bagi setiap kawasan di Pahang akan hadir dalam perhimpunan tersebut. Tuan Ibrahim yang juga ketua penerangan PAS berkata, selain beliau, kepimpinan tertinggi PAS negeri turut hadir dalam perhimpunan itu. Perhimpunan membantah kehadiran kilang itu adalah yang kedua selepas perhimpunan pertama pada 9 Oktober di Taman Gelora. Perhimpunan kedua itu dijadual berlangsung di padang Majlis Perbandaran Kuantan pada 26 Februari mulai jam 9.30 pagi, di samping pelbagai lagi program serentak di beberapa bandar raya besar, termasuk Kuala Lumpur. Selain disertai parti pembangkang, ia turut mendapat sokongan pelbagai pihak termasuk NGO dan kumpulan mahasiswa. Sementara itu kepimpinan PAS Terengganu juga akan hadir bersama-sama penyokong dari negeri itu, termasuk pesuruhjayanya Mohd Abdul Wahid Endut, yang juga ahli parlimen Kuala Terengganu. "Kita galakkan (ahli PAS negeri) pergi kerana isu ini melibatkan kepentingan dan keselamatan negara. "Jadi kita bertindak (membantah) sebelum berlaku apa-apa (kemudaratan). Kalau dah berlaku, tak berguna," kata Setiausaha PAS negeri Yahya Ali. Walaupun ia melibatkan isu nasional, Yahya menggesa penyokong parti itu dapat datang seramai mungkin, khususnya dari kawasan berdekatan Kuantan seperti Kemaman dan Dungun.[Apa yang pasti, sejarah akan tercipta di bandar Kuantan 26 Februari ini. Biar pun mendapat berbagai halangan, namun kebangkitan suara rakyat usah dikekang dan cuba digagalkan. Tindakan pihak berkenaan yang sedang merancang strategi untuk menghalang aktiviti terbabit di Padang MPK 1 iaitu lokasi program, bakal mengundang kemarahan rakyat yang akan datang berbondong-bondong pada hari itu nanti. Inilah masanya untuk rakyat bangkit menyatakan bantahan secara besar-besaran selepas suara mereka tidak diendahkan oleh Kerajaan Negeri Pahang dan Kerajaan Malaysia selama ini. Kerajaan lebih berselera membantu Lynas membawa masuk kilang mereka ke negara ini, sedangkan mereka tahu risiko yang bakal dihadapi oleh rakyat. Justeru, semua dijemput hadir beramai-ramai].






Ayuh..kita keluar ramai2 ribu2 utk memperlihatkan solidariti kita yg kuat..
BalasPadamKITA SOKONG PROTES LAMP!!!
Rakyat Negeri Pahang bukan bodoh kita tahu menilai di PRU 13
BalasPadam...BILA MANUSIA TERSALAH MULUT....
BalasPadamMAKA, MULA LAH MENCARI "NGO-NGO" YG MAHU JADI "TOK DALANG" UNTUK "STOP-HIMPUNAN" HIJAU 2.0 LYNAS INI...
ITU LAH MANUSIA JENIS "HIPOKRIT" SEBARIS DGN "BENYAMIN NETANYAHU-ISRAEL"..!!
..TAKUT SELUAR "TERLONDEH" PAKAI LAH
TALI PINGGANG!! DASAR PENGECCUT!!
..MELAYU KATA "SEBAB PULUT, SANTAN BINASA......"
salam,
BalasPadamAda sedia bas dan duit allowance tak utk pergi ke Himpunan ni?