script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Rafizi: PKR Mahu Kerajaan "Dedah" Sepenuhnya Kandungan Perjanjian Pinjaman Kepada NFCorp

SHAH ALAM, 10 Feb - Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu kerajaan mendedahkan sepenuhnya kandungan perjanjian pinjaman RM250 juta yang diberikan kepada NFCorporation (NFCorp) ekoran kenyataan Ketua Pegawai Eksekutifnya semalam bahawa tiada larangan pelaburan menggunakan wang itu. Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli (foto) berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu memberi arahan kepada Kementerian Kewangan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, dan Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) bagi membolehkan kandungan perjanjian pinjaman itu diketahui umum. Kata beliau, langkah itu akan membolehkan rakyat dapat menghakimi kewajaran kerajaan meluluskan pinjaman dengan syarat yang sebegitu longgar. "Pendedahan ini juga mengukuhkan lagi gesaan Pakatan Rakyat bahawa sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja perlu ditubuhkan untuk menyiasat skandal NFC kerana penyelewengan dan kecuaian yang berlaku melibatkan pimpinan tertinggi negara," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. Dalam kenyataannya semalam, Ketua Pegawai Eksekutif NFCorp, Wan Shahinur Izmir menegaskan pihaknya mempunyai hak membuat pelaburan bagi syarikat itu. Wan Shahinur berkata, perjanjian pinjaman dengan kerajaan tidak menetapkan larangan pelaburan. “Sebagai syarikat swasta, NFCorp membuat keputusan terbaik demi kepentingan syarikat sama ada untuk jangka pendek dan panjang,” katanya. Malah menurut Wan Shahinur, operasi perniagaan NFCorp dijalankan berdasarkan perjanjian perniagaan menyeluruh yang menggariskan terma termasuk penggunaan modal untuk NFCorp. Oleh itu menurut Rafizi, NFCorp menggunakan alasan itu untuk menggunakan wang tersebut bagi tujuan peribadi termasuklah mengumpulkan harta yang mahal seperti kondominium, tanah dan kereta mewah. "Pengakuan ini menimbulkan seribu satu persoalan baru," tambah beliau lagi.

Malah, Rafizi juga menyoal hak menteri-menteri terbabit meluluskan pemberian RM250 juta kepada keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. "Bagaimanakah dasar memberikan pinjaman yang longgar begini boleh menjamin projek negara seperti NFC dapat dilaksanakan dengan berkesan?" katanya lagi. Sehubungan itu, Rafizi menyoal, berapa banyak lagi perjanjian pinjaman seperti ini yang memberi kebebasan sepenuhnya kepada peminjam membelanjakan wang rakyat telah diberikan kepada syarikat-syarikat dan orang peribadi yang ada kaitan dengan pimpinan kerajaan. Kata beliau, apakah pemilik dan pengurusan NFCorp ada memberi jaminan peribadi dan mencagarkan harta peribadi mereka sebagai sebahagian dari syarat perjanjian pinjaman.

Share:

2 ulasan:

  1. INGAT LAGI MASA AKU KECIK DULU,MANAGER FELDA BAGI PROJEK MERACUN LADANG KAT ANAK SDN PUN HQ MAI TURUN.LAST2 BERHENTI.NI APATAH LAGI PROJEK JUTA2 PADA SUAMI SDN.MEMANG PATUT DITEGUR.YOU ARE FIRED..PLEASE STEP DOWN LA MAKCIK.BUAT MALU JER.SATU DUNIA TAU KES KAMU NI.TU LA DIDUNIA DAH DIMALUKAN DENGAN SALAH SILAP KAMU APATAH LAGI DIAKHIRAT NANTI SDN JAWAB LA MAKCIK BERTAUBAT SEBELUM TERLAMBAT.YANG BERWAJIB PUN SATU MCM MANE BOLEH LEPAS JUTA2 KAT ANAK BERANAK.KAMU PUN JAWAB LA SAMA..JANGAN SAMPAI KAMU DIMALUKAN SEHINNGA LURUH KULIT MUKA TU

    BalasPadam
  2. BONGKARKAN SAMPAI "BOGEL"..
    KALAU "RPK"- RAJA PETRA BOLEH BONGKAR (WALAU SIKIT/TAK BETUL/TAMBAH2), TAKDE SBB RAFIZA XLEH BONGKAR...
    TAPI SEMUA FAHAM (SBB SOKONG U-PORNO) KALAU TIDAK DAH LAMA BERMASTAUTIN DIKANDANG BESI/TEMBOK BATA-TAIPING.
    TENGOK ,SIAAPA HEBAT...!!!
    RM250,000,000.00, ATAU RM50,000.00 YG HEBAT... SAMA2 SAKSIKAN!!

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Wan Rosdy Seru Rakyat Negeri Sembilan Beri Mandat Kepada BN, Untuk Kestabilan Politik Dan Kemajuan Ekonomi Negeri

BAHAU : Naib Presiden UMNO Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyeru rakyat Negeri Sembilan agar memberikan mandat kepada Barisan Nasional (BN...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.