script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Khalwat: Tangkapan Ustaz Badrulamin Tidak Sah Dan Langgar Enakmen Tatacara Jenayah Syariah!

KUANTAN, 27 Feb - Ramai pihak keliru dengan insiden tangkapan Khalwat yang melibatkan tokoh agama terkenal, Ustaz Dr.Badrulamin Bahdun (foto) di Hotel Swiss Garden Resort dekat sini dua hari lalu. Ini kerana, berbagai persepsi berlainan telah dilaporkan tentang isu ini. PDO dengan kerjasaman beberapa orang Krew Eksklusif kami telah mengadakan operasi untuk menyiasat perkara itu. Ia bagi menghuraikan kekalutan yang timbul akibat kes berkenaan. Ustaz Badrulamin yang juga merupakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Keadilan Rakyat (PKR) didakwa telah ditangkap bersama isteri orang di sebuah bilik hotel berkenaan. Namun, kemusykilannya ialah tangkapan itu dilakukan sendiri oleh suami wanita berkenaan. Beliau bukan sahaja telah dikurung dan dihalang berhubung dengan sesiapa, malahan turut dipercayai telah dikasari oleh sekumpulan lelaki yang telah diupah oleh suami wanita terbabit. Pihak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) yang dimaklumkan tentang kejadian itu telah dimaklumkan kemudian. Persoalannya yang timbul, kenapa suami lelaki melakukan kekasaran dan menangkap beliau. Sedangkan dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Pahang, kuasa untuk menangkap mana-mana individu yang didapati melakukan kesalahan tersebut ialah Pegawai Penguatkuasa Agama (JAIP), Pegawai Polis dan Pegawai Masjid (Imam) yang dilantik oleh Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP). Malah semua pesalah yang ditangkap tidak boleh disentuh, malah dikurung sama sekali melainkan orang itu menyerah diri sama ada dengan perkataan atau pun melalui perbuatan. (Rujuk: Seksyen 10, Enakmen 8 Tahun 2002, Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002). Malah, lebih mengejutkan ketika ditangkap Ustaz Badrulamin dipercayai berada dalam bilik sebaliknya wanita terbabit didakwa berada diluar bersama anak lelakinya yang berusia tiga tahun. Maka, atas alasan apakah beliau dikatakan telah melakukan perbuatan "khalwat". Inilah yang memusykilkan ramai pihak sekarang. Maka, wajarkah media perdana keluarkan artikel kononnya beliau ditangkap khalwat seperti dihebahkan?.


Tangkapan khalwat sepatutnya belaku bila kedua-dua tertuduh berada
dalam keadaan yang mencurigakan dalam satu bilik seperti di atas

[Sebenarnya, masih banyak persoalan yang perlu dibongkarkan dalam kes yang melibatkan Ustaz Badrulamin ini. Walau pun isu ini nampak menyebelahi beliau, namun ada juga maklumat yang mungkin boleh memerangkap beliau. Namun, segalanya masih dalam siasatan pihak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP). Kami akan membuat laporan seterusnya selepas menerima maklumat terkini daripada pihak yang berkenaan. Apapun, kepada semua rakyat terutamanya umat Islam, diminta berhati-hati dengan berbagai persepsi dan versi berbeza yang mereka terima tentang kejadian ini. Kami akan dapatkan info tepat tentang apakah yang berlaku di sebalik kejadian yang penuh kontroversi tersebut].
Share:

21 ulasan:

  1. inilah akibat nye .....apabila manusia di kuasai olih perasaan dendam,irihati,tindakan terburu buru d mana iblis /syaitan akan mencari kesempatan meniup api kemarahan,hilang pedoman dan permusuhan.INSHA ALLAH ......kebenaran akan terserlah dan berpiahak kapada Ustaz Badrul AMIN.Semoga ALLAH membuka hati hati mereka agar bertaubat dan menyesal akan tindakan yg di lakukan......

    BalasPadam
  2. jubur ... jubur ... jubur ... apakah jadah parti UMNO, asyik bermodalkan jubur untuk menang pilihanraya, rakyat dah meluat dengan tektik dan politik jubur yang dibawa UMNOJUBUR.

    BalasPadam
  3. umno memang dok cari benda2 macam ni. yang badrul amin pi set situasi 'khalwat' tu pasai apa? jumpa bini orang kul 2 pagi, apa ke jadah? kalau nak bantu pun bukan lah kul 2 pagi. lagi pun kenal suami, selalu bagi kaunseling. napa kali ni suami tak ada? ini semua cause for speculation. who asked for it? badul amin!

    wallahu'alam

    BalasPadam
  4. Kesilapan Dr. Badrulamin tetap ada, kerana beliau membenarkan situasi seperti itu wujud dalam hidupnya. Secara jujur saya berpandangan kalau nak bagi nasihat dan kaunseling pun tunggulah suaminya bersama dan buatlah pada siang hari dan di tempat yg tak menimbulkan syak. Buat baik berpada-pada, saya ulang berpada-pada, buat jahat jangan sekali-kali. Ambil iktibar dari peristiwa ini bukan sahaja kepada Dr. Badrulamin malah pemimpin PR yg lain. Jgn tunjuk baik tak bertempat. Puak-puak yng bermusuh dgn PKR sedang mengintai peluang sebegini untuk dimanipulasi demi menjatuhkan PKR dan PR. Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis.

    BalasPadam
  5. ahhh. dah kerja asik nak memantat. dah kantoi salahkan umno. bodoh punya PKR. PAS lg bodoh sebab dah taw PKR bodoh, p ikut lagi.!

    BalasPadam
  6. "SKRIP" TELAH SIAP DITULIS...
    SO, PELAKON2 KENALAH IKUT "SKRIP"
    KALAU TAK IKUT, TAKLEH MASUK PAPER LA..!!
    DIREKTCOR "UMNO" NIE BIASA DAH BUAT MACAM TU.. KALAU TIDAK PENONTON BOIKOT, TAK MAU TENGOK..
    BUKAN SENANG NAK BUAT "SKRIP" BOX-OFFICE..!! FAHAM2 JE LAH!!... PASTU MASUK YOU-TUBE PULAK!!

    BalasPadam
  7. Benda dah berlaku...Ust. pun ada nafsu jg. Apa punkita tggu je la, apa kesudahannya nanti. Yg x elok kita asingkn. X perlu taksub. Jaga adab..jaga bicara.

    BalasPadam
  8. ostad pon kenapela tak minta refer bini orang ni ke pemimpin PKR pompuan kan lebih elok. Bukan kewajipan ostad nk tolong carikan bilik utk dia. Pila report polis ke haper ke. Jauhkan diri kamu ostad dari fitnah...ape2 pon kita tunggu jer...

    BalasPadam
  9. bodoh punya anjing PR...kalo dah diplan kenapa ustad anjing ni oleh masuk perangakap??...itu la bodohnya dgn anjing PaRia....kalo dah nafsu tu naik kepala..bini org pun nak tibai..sama la mcm anwar pandikutty....x kira jantan betina,hentam jea...

    BalasPadam
  10. MUJUR ADA OSTAD.. KALU DAPAT KAOU ORANG, NTAH APA JADI MAKWE TU..
    KALAU DAH FITNAH KAT OSTAD MACAM TU.. PERANGAI KOU ORANG LAGI LA, MACAM ANJING GILER..!!
    TAK TAU DOSA KE,NGATA ORANG??
    NTAH2 KOU ADA SAMA DGN SUAMI MAKWE TU, YG NAK NGENA OSTAD TU.. JAHANAM KAOU,LAKNAT KAT ALLAH..!!

    BalasPadam
  11. Memang sudah menjadi lumrah dunia yang mencecah akhir zaman ini orang-orang alim akan dizalimi dan difitnah dengan pelbagai tohmahan..kita jangan cepat melatah dengan keadaan sebegini dan mempercayai segala perkara tanpa usul periksa atas kebenaran perkara tersebut.. Hrap pihak JAIP melakukan siasatan dengan lebih mendalam atas perkara yang belaku..jangan selalu diperkudakan oleh golongan tertentu dalam mencapai apa yang mereka inginkan...Sudah-sudahlah memperbodohkan pegawai-pegawai Jaip tu...kasihanlah mereka tu..asyik terkena aje..

    BalasPadam
  12. Ostat PKR Khalwat 3 Hari?Saksi Mula Buka Mulut Dedah Badrol Bohong

    Ustaz Badrol Amin dalam pengakuan beliau,bukan saja berbohong malah telah membuat fitnah demi menyelamatkan diri beliau.Hari ini pembohongan Badrol terdedah apabila sudah ada saksi yang buka mulut menceritakan hal yang sebenar.

    Berikut adalah pengakuan saksi bernama Syukur yang dipetik dari ruangan komen blog pakatan.Jika diperhatikan kenyataan dibawah,Badrol telah bersama perempuan tersebut sejak hari beliau tiba di Kuantan lagi hinggalah hari ketiga beliau ditangkap. 3 hari beri kaunseling dalam bilik ka bhai?
    Takkan tolong isteri orang dalam bilik hingga 3 hari?
    Saya pekerja hotel tersebut malah saya tahu cerita tersebut dari hari pertama sehingga hari ketiga (hari penangkapan tu)...tapi saya xnak bising2 kat sini...sehingga jika ada yang cuba memfitnah orang lain dengan mengatakan ini konspirasi...
    kami tahu juga dan lihat dengan mata kepala sendiri bagaimana hari ke dua suami wanita tersebut merayu isterinya supaya pulang ke rumah...apa2 pun kita tunggu lah...
    yang pasti 20 orang yg di dakwa tu TIADA..yang ada hanya suami isteri tersebut..dan saya nampak dengan mata kepala saya sendiri Badrul Amin di tampar oleh suami perempuan itu...20 orang yg di dakwa adalah fitnah Badrul Amin


    Read more: http://www.pisau.net/

    BalasPadam
  13. Blog pakatan perhebatkan lagi iklan ubat kuat........

    inilah dia hasilnya.....


    kah...kah...kah....

    BalasPadam
  14. mana pulak skripnya,kalau isteri lari,..suami tahu,sure la dia ikut,pg buta lak tu..tetiba tengok..lari ke hotel........maka sepatutnya........jgn layan pompuan lari gini,dia sampai hotel dia reti la nak cek in..bukan ke pompuan tu kerani ?bukanya buta huruf dan bisu..esok depan org ramai baru la..nak bagi nasihat ke apa ke

    BalasPadam
  15. kah..kah..kah...anjing2 PR kata ini perangakap oleh UMNO.....

    Kata aku!..anwar liwat saiful pun angkara UMNO,anwar kongkek chinadoll pun angkara UMNO,adun kena tangkap dgn SPRM pun perangakap UMNO....
    Jadi mmg betol la pemimpin2 PR mmg bodoh sbb senang masuk perangkap UMNO....jadi x layak la jadi pemimpin...lebih baik jadi anjing hitam jew....kah..kah..kah...

    BalasPadam
  16. 3 hari UBA khalwat??? UBA baru sampai Jumaat 2, sampai 3 hari pulak. Cukuplah memfitnah. Si Shukur 2 kalau dicabut Allah nyawanya hari ini dah pasti tak sempat bertaubat. Cukup - cukup la menabur fitnah.

    BalasPadam
  17. Kawe bukan ustaz kawe nco je.. Kalau nak setrat jumpa ustaz-ustaz kat jaip.

    BalasPadam
  18. Sebagai orang Islam tolong jangan guna perkataan yang tidak baik kepada sesama Islam seperti perkataan 'anjing' dan sebagainya....guna perkataan berhemah.....semoga dirahmati Allah....wallahuaklam.

    BalasPadam
  19. JUMAAT HARI PERTAMA, SABTU DIKIRA HARI KEDUA DAN AHAD PKL 2 PAGI DIKIRA HARI KETIGA. BETUL LA PERKIRAAN SI SHUKUR TU 3 HARI, MENDA YG SILAPNYA PERKIRAAN DIA. SEBAB SLPS PKL 12 TGHMALAM DAH DIKIRA HARI KEESOKANNYA.BAB KHALWAT KE TIDAK ITU KEPUTUSAN MAHKAMAH NANTI.

    BalasPadam
  20. biasa la bila org PKR kena tangkap..
    sema x salah..
    betul belaka..

    lawak betul..

    puiiiiii!

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Wan Rosdy Seru Rakyat Negeri Sembilan Beri Mandat Kepada BN, Untuk Kestabilan Politik Dan Kemajuan Ekonomi Negeri

BAHAU : Naib Presiden UMNO Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyeru rakyat Negeri Sembilan agar memberikan mandat kepada Barisan Nasional (BN...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.