script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Tunku Azizah: 'Keindahan' Alam Semula Jadi Tidak Dapat Di Ganti Jika Ia Musnah

KUANTAN: Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menegaskan bahawa keindahan alam semula jadi tidak akan dapat diganti setelah ia musnah, tidak kira berapa banyak wang yang perlu dibelanjakan untuk memulihkannya.

Baginda bertitah amalan memelihara alam semula jadi adalah antara nilai yang diajar kepada Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, ketika usia muda, dan beliau berbangga dengan sikap tegas anakanda baginda dalam isu berkaitan alam sekitar.

"Beta sering mengingatkan (Tengku) Hassanal bahawa baginda tidak boleh menggantikan alam sekitar, tidak kira berapa juta (wang) yang dimiliki.

"Dari kecil, Tengku Hassanal terpaksa mendengar 'pok pek pok pek' (leteran) bondanya mengenai alam sekitar. Keindahan alam semula jadi tidak boleh diganti apabila ia musnah, anda tidak boleh memulihkan apa yang ada pada alam semula jadi.

"Beta gembira dan sangat bangga dengan anakanda kerana baginda telah menunjukkan kepada beta bahawa baginda telah menyedarkan rakyat bahawa alam semula jadi di Pahang perlu dikekalkan.

"Anakanda (Hassanal) mungkin telah menyinggung perasaan orang dan membuatkan mereka marah hari ini, tetapi suatu hari nanti mereka akan faham dan ini akan menjadi legasi baginda," titah Tunku Azizah.

Tunku Azizah bertitah demikian dalam ucapannya pada perasmian galeri 'Pahang In Nature' di Muzium Seni Kontemporari di sini, malam tadi.

Tunku Azizah turut menzahirkan hasrat untuk menubuhkan sebuah muzium khas bagi mempamerkan semua hadiah yang diterima oleh suaminya, Al-Sultan Abdullah semasa memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Al-Sultan Abdullah mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Jan 2019 dan tempoh perkhidmatannya akan berakhir dalam 180 hari lagi.

"Kita boleh namakan ia sebagai Muzium Agong. Semua yang kita kumpul dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini akan disimpan dalam muzium ini supaya orang ramai dapat melihat dan mengetahui apa yang kita (sebagai Agong dan Raja Permaisuri Agong bagi Malaysia) telah lakukan," titah Seri Paduka.

Tunku Azizah bertitah, baginda juga ingin menambah koleksi hadiah yang diterima oleh Almarhum Paduka Ayahanda mentuanya Almarhum Sultan Ahmad Shah yang merupakan Yang di-Pertuan Agong dari 1979 hingga 1984.

Bagi Tunku Azizah, muzium adalah tempat yang disukai kerana ayahanda sering membawa baginda melawat ke muzium ketika zaman muda.

"Beta dapat melakukan perkara yang sama dengan Hassanal. Beta tidak fikir anakanda beta yang lain suka (melawat ke muzium), tidak seperti Hassanal... kerana baginda sering bertanyakan soalan kepada beta ketika kami berada di dalam muzium," titah baginda.

'Pahang In Nature' mempamerkan 33 buah lukisan yang dihasilkan oleh artis anak jati Pahang Tengku Datuk Marina Tengku Ibrahim yang memaparkan keunikan alam semula jadi Pahang, yang diinspirasikan daripada Surah al-Rahman yang berulang kali mengingatkan nikmat Allah S.W.T termasuk penciptaan alam. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.