script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Peranan Muhyiddin, Shafie Perkuat UMNO Perlu Di Hormati


PETALING JAYA: Datuk Seri Syed Ali Alhabshee (foto) meminta semua anggota Umno supaya menghormati peranan timbalan presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan naib presiden, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal untuk memperkuatkan perjuangan parti.
Ketua Umno Bahagian Cheras itu berkata, walaupun Muhyiddin dan Shafie tidak lagi berada dalam kabinet tetapi tidak bermakna mereka tidak boleh memberikan sumbangan kepada parti.
Menurutnya, semua pihak dalam parti perlu berganding bahu dan bergerak dalam satu pasukan yang jitu.
“Sebagaimana kita menghormati dan menyokong Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Presiden Umno, maka Timbalan Presiden juga sepatutnya berada di tempat yang sama demi kepentingan parti.
“Sekarang bukan lagi masanya untuk kita saling curiga-mencurigai antara satu sama lain. Peranan mereka tidak boleh dihalang jika kita ingin menguatkan Umno terutama untuk berdepan dengan pilihan raya umum akan datang,” katanya dalam kenyataan di blog,umnobahagiancheras.blogspot.com.
Syed Ali mendakwa, pihak pembangkang sememangnya mahu melihat keretakan dan kriris kepimpinan berlaku dalam Umno.
Malah beliau tidak menolak kemungkinan terdapat pihak di kalangan anggota parti yang sengaja mencetuskan suasana tidak tenteram dengan melaga-lagakan sesama pemimpin.
Menurut Syed Ali, peranan dan kedudukan dalam kepimpinan parti dan pentadbiran kerajaan merupakan dua perkara yang berbeza.
“Selagi seseorang itu masih memegang jawatan tertinggi dalam hierarki parti, maka menjadi kewajipan ahli-ahli Umno untuk menghormatinya,” tegas beliau.
Sehubungan itu katanya, Muhyiddin dan Shafie telah dipilih oleh perwakilan Umno menerusi perhimpunan agung parti dan mandat itu seharusnya dihormati.
Muhyiddin dan Shafie digugurkan dari rombakan Kabinet pada 28 Julai lalu. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.