script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Husam Musa Kritik Kemewahan Pemimpin PAS Di Kelantan


KOTA BHARU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor, Datuk Husam Musa meminta supaya pemimpin PAS Pusat membuat semakan terhadap kemewahan pemimpin kerajaan Kelantan.
Husam mempersoalkan mengenai kekerapan lawatan ke luar negara oleh kerajaan negeri dengan mengatakan bahawa garis panduan yang ditinggalkan oleh bekas menteri besar, Datuk Nik Aziz Nik Mati tidak diikuti lagi.
Beliau menerusi kenyatannya di Facebook kini tertanya-tanya sama ada pemimpin PAS Pusat memantau apakah yang berlaku di Kelantan walaupun kerajaan Kelantan menjadi buah mulut rakyat mengenai bagaimana mereka menguruskan negeri itu.
"Kerajaan yang ada tidak mengikut garis yang ditinggalkan oleh Tok Guru (Allahyarham Datuk Nik Aziz) dari segi kemewahan hidup para pemimpin, kemewahan lawatan ke luar negara yang sangat kerap," katanya sambil menambah mengenai banyak perkara lain yang sepatutnya dipantau oleh PAS Pusat.
Husam turut menyentuh mengenai Muktamar PAS baru-baru ini apabila berlaku segala bentuk fitnah dan caci-maki di luar adab Islam.
"Apakah pendirian Majlis Syura PAS dan PAS pusat. Adakah ini dibenarkan oleh Islam?
"Jika PAS tidak boleh memberikan keadilan kepada pimpinan dan ahlinya, bagaimana PAS boleh memberikan keadilan kepada rakyat Malaysia?," soalnya.
Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Ahmad Yakob yang merupakan menteri besar tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.