KUANTAN: Polis menahan empat lelaki tempatan dan seorang wanita asing yang dipercayai terlibat dengan penyalahgunaan dadah di sebuah rumah di Bukit Setongkol di sini.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz (foto) berkata mereka ditahan dalam serbuan 4.30 petang semalam oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kuantan, hasil maklumat orang awam.
"Pemeriksaan di dalam bilik belakang rumah menemui mereka dalam keadaan mencurigakan dan menemui satu bekas plastik yang dilekatkan dengan pita pelekat mengandungi 90 biji pil kuda," katanya di sini.
Abdul Aziz berkata polis turut menemui tujuh keratan plastik lutsinar pelbagai saiz dengan setiap satu keratan berisi serbuk dan ketulan jernih disyaki dadah.
Abdul Aziz berkata dalam siasatan awal, kesemua suspek yang berusia antara 20 hingga 31 tahun mengaku dadah itu milik mereka dan diambil di Tanjung Lumpur dekat sini.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 39(A)(1) Akta Dadah Berbahaya 1952. #sumber







Tiada ulasan:
Catat Ulasan