KUANTAN: Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) beri amaran kepada pengusaha pusat penyembelihan ayam di negeri ini agar menjaga kebersihan, selain mematuhi dan mempunyai sijil tauliah serta sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Ketua Penolong Pengarah Jabatan Penyelidikan JAIP, Nor Riduan Abdul Manan (foto) menegaskan, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan mengenakan hukuman setimpal ke atas pengusaha yang gagal mematuhi arahan itu.
Beliau turut meminta pengusaha pusat penyembelihan ayam lebih bertanggungjawab dalam pemprosesan menyembelih ayam dan tidak berlaku perbuatan yang menyalahi hukum agama serta undang-undang.
“Harap mereka tidak abaikan langkah-langkah ini dan mereka juga perlu lebih bertanggungjawab menjaga kebersihan, bukan memproses ayam seperti yang diviralkan dalam laman sosial Facebook,” katanya di sini, semalam.
Semalam, menerusi laman Facebook rasmi Jaip, memaparkan tindakan penguatkuasa jabatan agama itu dengan kerjasama Jabatan Veterinar Negeri Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) melakukan pemantauan ke beberapa pusat penyembelihan dan pemprosesan ayam yang tidak memiliki sijil halal di sekitar daerah Kuantan.
Mengulas lanjut operasi itu, Nor Riduan berkata, pengguna dinasihatkan lebih berhati-hati ketika membeli atau mendapatkan ayam dengan memastikan bekalan itu adalah dari pusat pemprosesan yang telah mendapat pengesahan halal dari Jakim atau Jabatan Agama Islam Negeri. #sumber







Aci cuba Ustaz ini atau boss dia gi sembelih. Agak agak boleh menyembelih ke?? Eamai dikalangan ustaz dijabatan agama islam pahang hanya pandai bercakap tapi buat kerja bodoh. Sebagai contohnya kes tangkapan 2 orang kakitangan Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan yang berkhalwat. Apa tindakan yang diambil oleh pihak Jabatan Agama Islam Pahang dalam tindakan tatatertib???? Tuan Kadi dia dan Pengurusan Jaip membisu seribu bahasa... Adakah mencukupi dengan didakwa diMahkamah Syariah??? Sedangkan Pegawai dan Kakitangan dibawah kerajaan negeri Pahang yang lain dikenakan tindakan tatatrertib. Ini menunjukkan Jabatan Agama Islam Pahang hanya melaksankan kerja sambil lewa....
BalasPadam