script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Tun Mahathir Dakwa RM2.6 Bilion Bukan Derma, Duit 1MDB


KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad enggan mempercayai RM2.6 bilion yang masuk ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah duit derma, sebaliknya yakin ia ada kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Walaupun derma itu disahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), bekas perdana menteri itu berkata penjelasan itu tidak dapat diterima memandangkan jumlahnya yang terlalu besar.
"Saya tak percaya ia derma. Saya tak percaya ada orang yang sanggup beri sama ada Arab atau sesiapa sahaja," katanya dalam temu bual bersama akhbar perniagaan antarabangsa Financial Times.
Beliau yakin Najib lambat-laun akan dipaksa untuk melepaskan jawatannya walaupun enggan berbuat demikian.
"Saya rasa pada satu tahap beliau perlu berundur kerana hari ini beliau menjejaskan sistem undang-undang," katanya.
Najib sebelum ini berkata, RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun Ambank tidak digunakan bagi tujuan peribadi tetapi untuk parti dan pilihan raya umum (PRU) lalu.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi minggu lalu berkata, pihaknya bertemu ketua pegawai pelaburan dan pemegang amanah harta keluarga Arab yang mendermakan wang berbilion ringgit kepada Najib.
Katanya, dermawan Arab itu menjelaskan negara ini bukanlah satu-satunya pihak yang menerima sumbangan berkenaan kerana ada banyak sahabat daripada kalangan negara Islam mendapat sumbangan sama seperti itu.
"Mereka mahu Umno dan Barisan Nasional (BN) tetap memerintah negara," katanya.
Zahid ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Sri Gading, Batu Pahat minggu lalu berkata, penderma dana dari Arab Saudi itu mempunyai 3 sebab utama untuk menderma dana berkenaan kepada Umno melalui akaun bank presidennya.
"Pertama, Malaysia yang diterajui Umno dan BN mempunyai undang-undang mengekang keganasan kumpulan militan Negara Islam Syria dan Iraq (Isis).
"Kedua, Umno yang diterajui perdana menteri memperjuangkan Islam dan mengamalkan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.
"Dan yang ketiga, derma itu sebagai mengiktiraf Malaysia sebuah negara sederhana yang menjalankan hukum Islam biarpun terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum," katanya dilaporkan media 22 Ogos lalu. #sumber

Share:

1 ulasan:

  1. Cakaplah apa yang kau rasa betul...kami rakyat pun ada akal dan jangan lah perbodohkan kami begitu rendah sekali. Benar atau salah akan timbul jua akhirnya. Boleh kah kamu menanggung akibatnya nanti...zahid??????

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.