script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Isu DEIG: ADUN DAP Mendedahkan Pembohongan Azmin Ali

SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  DAP Damansara Utama, Yeo Bee Yin (foto) dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Rabu mendedahkan pembohongan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali.

Azmin ketika menggulung usul penyata mengenai syarikat pelaburan strategik, Darul Ehsan Investment Group (DEIG) menjelaskan lima ahli Lembaga Pengarah syarikat itu iaitu Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Ketua Pegawai Operasi (COO).
Kata Azmin, adun-adun ketika membahaskan usul tersebut cuba bermain dengan sentimen ‘check and balance’ dengan memberi gambaran ahli Lembaga Pengarah hanya tiga orang sahaja iaitu Menteri Besar, CEO dan COO.
“Jadi saya harap dalam keghairahan kita untuk mendapatkan penjelasan ini, kita juga harus berlaku adil dalam pembentangan,” kata Azmin.
Bagaimanapun, Bee Yin bangkit mencelah meminta penjelasan kerana kedudukan hanya tiga ahli Lembaga Pengarah di dalam DEIG itu diakui sendiri oleh pengurusan tertinggi Menteri Besar Incorporated (MBI) selaku badan yang bertanggungjawab ke atas DEIG.
“Apa yang dikatakan memang betul tetapi apa yang kita (jawatankuasa) tulis di sana (penyata), jawatankuasa memandang serius pelantikan tiga orang Lembaga Pengarah DEIG adalah perakuan daripada MBI bahawa tiga orang sahaja sebagai ahli Lembaga Pengarah masa dalam pendengaran tertutup.
“Apa yang kita (jawatankuasa) tulis di sana jawapan MBI,” tegasnya.
Azmin yang terkejut dengan tindakan Bee Yin itu hanya mampu menafikan dan berjanji akan menyemak semula maklumat tersebut.
“Saya akan semak keterangan yang diberikan dalam jawatankuasa berkenaan tetapi dari segi logiknya tidak mungkin CEO dan COO tampil memberikan keterangan sedemikian,” kata Azmin.
Ahli Dewan Undangan Bukit Antarabangsa itu kemudiannya beralih kepada isu yang dibangkitkan Adun DAP-Kampung Tunku, Lau Weng San yang mengatakan DEIG sebenarnya telah memulakan operasinya.
Kata Azmin, kenyataan yang dibuat Weng San hanya berdasarkan maklumatDEIG telah memanggil RFI (request for information) dan RFP (request for proposal).
Jelasnya, RFI dan RFP yang dipanggil itu bukan oleh DEIG sebaliknya ia dipanggil oleh MBI berdasarkan aset-aset MBI kerana DEIG hanya akan beroperasi pada awal 2016.
Bee Yin sekali bangun mencelah mempersoalkan kenyataan Menteri Besar itu. Kata Bee Yin, bagaimana sebuah syarikat yang belum beroperasi boleh mengeluarkan iklan memanggil RFI dan RFP.
“Request for information pada iklan di The Edge di bawah nama DEIG dan bukan MBI, boleh jelaskan?,” soal Bee Yin.
“Saya hendak jelaskan aset-aset yang dipanggil untuk RFI dan RFP ini adalah aset MBI,” jawab Azmin.
“Tetapi iklan itu di bawah nama Darul Ehsan Investment Group,” tegas Bee Yin.
Weng San yang membangkitkan perkara itu ketika berbahas bangun untuk memohon pencerahan tetapi Speaker Dun Selangor, Hannah Yeoh tidak membenarkan dan meminta Azmin menghabiskan penggulungan. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.