script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Khalid: Pertukaran Abdul Hamid Ke JPM, Bukan Luar Biasa !


KUALA LUMPUR: Pertukaran Timbalan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Abdul Hamid Bador ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) adalah sebagai pengiktirafan atas kemampuan dan pengalamannya dalam menangani isu keselamatan, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Beliau berkata di JPM, Abdul Hamid dilantik sebagai Timbalan Pengarah Isu-Isu Keselamatan dan Transnasional (SIS), dan pertukarannya keluar daripada perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bukanlah sesuatu yang 'luar biasa'.
"Sebelum ini, Tan Sri Bakri Omar, Tan Sri Zaman Khan, Datuk Seri Zulkifli Md Noor dan saya sendiri pernah ditempatkan di beberapa agensi kerajaan untuk tujuan memenuhi tuntutan dan keperluan semasa," katanya dalam satu kenyataan Khamis.

Khalid berkata, Abdul Hamid sedia maklum tentang pertukaran itu yang ditawarkan selepas menarik balik hasratnya untuk bersara awal.
"Abdul Hamid juga tidak pernah diarahkan untuk bercuti malah percutiannya adalah di atas permohonannya sendiri untuk berehat," katanya.
Khalid berkata demikian merujuk kepada laporan sebuah portal berita bertajuk 'Senior Special Branch Officers Gets Sudden Transfer to PM's Dept, Told To Go On Long Leave' (Pegawai Kanan Cawangan Khas Ditukarkan Secara Mengejut ke Jab PM, Diarah Bercuti Panjang) yang dikongsi media sosial sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi dan persepsi negatif.
Laporan berita tidak tepat itu turut dibuat oleh beberapa portal berita.
Khalid berkata laporan portal berkenaan yang menggunakan kiasan kononnya  majlis serah terima tugas di Cawangan Khas yang dibuat secara tertutup kerana  atas sebab-sebab tertentu, merupakan kenyataan yang tidak bertanggungjawab.
"Majlis sebegini bukanlah satu perkara yang luar daripada kebiasaan dan amalan dalam PDRM, lebih-lebih lagi bagi Cawangan Khas yang tidak pernah mencari publisiti," katanya.
Beliau berkata dakwaan Cawangan Khas sedang melalui proses 'pembersihan' bagi menggantikan pucuk pimpinan tertinggi dengan pengarah dan timbalan pengarah yang baharu merupakan fitnah semata-mata.
"Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun sebelum ini merupakan bekas pegawai Cawangan Khas yang berpengalaman dan dilantik bagi menggantikan Datuk Seri Akhil Bulat yang bersara selepas beberapa kali melanjutkan tempoh kontrak perkhidmatannya," katanya.
Khalid menegaskan pihak media perlu berhati-hati dalam membuat sebarang kenyataan kerana laporan yang tidak tepat akan mengundang pelbagai bentuk implikasi yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.
"Lebih bahaya lagi apabila berita itu dibuat mengikut kefahaman atau interpretasi penulis itu sendiri yang mungkin kurang faham dengan implikasi yang bakal timbul akibat bermain dengan ayat untuk menyedapkan penulisan," katanya. #sumber
Share:

1 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.