script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

MKN Sudah "Bersiap Sedia" Menghadapi Banjir Luar Biasa


PUTRAJAYA: Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersiap siaga menghadapi kemungkinan banjir luar biasa melanda beberapa negeri di Pantai Timur. 

Setiausaha MKN Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab (foto) berkata hujan lebat dan air pasang besar dijangka berlarutan sehingga Sabtu ini dan dijangka mencetuskan banjir yang luar biasa.

Namun begitu, katanya, MKN telah membuat persediaan yang rapi walaupun banjir berlaku serentak di beberapa negeri dan keadaannya bertambah buruk.

"Kami akan menggunakan aset-aset yang ada dengan sebaik-baiknya untuk menyalurkan bantuan dengan cepat kepada mangsa banjir.

"Selain itu, kami akan menyediakan bekalan yang mencukupi bagi memastikan tidak berlakunya masalah terputus bekalan di pusat-pusat pemindahan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi pada Selasa.

Sambil memberi contoh, Thajudeen berkata sebuah helikopter dengan muatan bekalan makanan dan barangan bersiap sedia untuk menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Gua Musang dan Kuala Krai di Kelantan.

"Berikutan laluan darat terputus, kami cuba menggunakan helikopter untuk menyalurkan bantuan tetapi malang sekali, cuaca buruk dan angin yang kuat telah menyebabkan helikopter tersebut menghadapi masalah mendarat.

"Helikopter tersebut dalam kedudukan siap sedia dan apabila mendapat lampu hijau, kami akan terus menghantar bekalan makanan," katanya.

Mengenai kemungkinan berlaku limpahan air di mana-mana empangan, Thajudeen berkata paras air masih terkawal dan di zon penampan.

"Kami akan mengambil langkah-langkah keselamatan yang sepatutnya bagi menjamin keselamatan penduduk," katanya.

Keadaan banjir di Kelantan, Terengganu dan Pahang semakin buruk apabila lebih ramai mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sehingga tengah hari tadi.

Selain itu, bahagian utara Perlis turut dilanda banjir berikutan hujan berterusan dan 93 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan hari ini.

Di Perak, 170 orang di kawasan Lenggong, Sungai Siput dan Ipoh dipindahkan ke lima pusat pemindahan banjir selepas rumah mereka dinaiki air sejak malam semalam manakala hampir 400 mangsa banjir di daerah Tenom dan Beaufort, Sabah ditempatkan di tujuh pusat pemindahan setakat 12 tengah hari ini. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.