script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Banjir: Penduduk Tergamam Rumah Di Hanyut Arus Deras !


KOTA BHARU: Tiada apa yang dapat dilakukan pemiliknya apabila melihat empat buah rumah dan sebuah restoran mereka di Kampung Kundur di sini dihanyutkan arus banjir ke arah Sungai Galas petang semalam.
Seorang penghuni Zakaria Daud, 56, berkata ketika itu dia berpindah ke atas sebuah bukit yang terletak kira-kira 500 meter di seberang jalan dari rumahnya.
"Saya bersama yang lain menyelamatkan diri ke atas bukit apabila air di kawasan kami semakin naik sehingga mencecah paras dada," katanya yang juga pemilik restoran itu.
Beliau berkata sebuah tangki minyak yang hanyut dari kawasan pembalakan berdekatan turut melanggar rumahnya serta tiga lagi rumah termasuk restorannya menyebabkan kesemuanya hanyut.
"Semuanya berlaku begitu pantas. Kami hanya mampu melihat dari jauh sehinggalah semuanya hanyut ke sungai," katanya.
Keempat-empat keluarga terlibat kini menumpang di rumah saudara mara mereka dengan Zakaria sendiri berserta isteri, anak dan emaknya yang berusia 70 tahun menumpang di rumah kawannya di Kampung Tanah Putih.
Enam lagi rumah di kawasan berkenaan rosak teruk dalam kejadian sama. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kerajaan Pahang Melaksanakan Pemantauan Berkala Kawasan Cerun Berisiko Bagi Hadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2026/2027

TEMERLOH: Kerajaan Negeri Pahang melaksanakan pemantauan berkala di kawasan cerun berisiko serta kerja pembersihan longkang dan laluan air ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.