KUANTAN - Kerajaan negeri memberi amaran akan menarik balik lesen pengusaha bijih besi sekiranya mereka didapati melanggar syarat ditetapkan sehingga menimbulkan rungutan penduduk.
Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, perkara ini dinyatakan beliau dalam pertemuan dengan Persatuan Pengusaha Lombong Bijih Besi Pahang pada minggu lalu yang turut disertai Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail.
''Kita beritahu yang mereka boleh jalankan aktiviti di negeri ini tetapi para pengusaha lombong tidak sewajarnya mendatangkan kesusahan kepada orang ramai seperti yang berlaku di Kampung Selamat dan Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dekat Gebeng iaitu masalah habuk dan lumpur akibat lori membawa muatan bijih besi.
''Berikutan itu, kita telah buat keputusan yang lori mereka perlu melalui Jalan Sungai Ular untuk atasi masalah ini dan mereka perlu patuh dengan syarat-syarat ini," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di sini semalam.
Menurut Adnan, selain itu, bagi mengatasi rungutan penduduk, kerajaan akan sediakan satu tempat khusus berdekatan Gebeng untuk pengusaha kumpulkan hasil perlombongan sebelum dihantar ke pelabuhan.
''Kita telah kenal pasti tapak berkenaan dengan persetujuan pihak persatuan yang akan dijadikan pusat pengumpulan berpusat. Sekarang ini mereka hantar di merata tempat hasil lombong mereka.
''Selepas ini kita sedia pusat pengumpulan itu dengan pengusaha akan menyewa tapak itu daripada kerajaan negeri. Cara ini dapat elakkan masalah habuk dan sebagainya.
''Saya juga meminta pengusaha lombong bijih besi agar memperbanyakkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu penduduk di kawasan terlibat," jelasnya.
#sumber
Lufthansa’s shares tumble after airline cuts outlook on Mideast war
-
The aviation group expects core profit of between US$2 billion and US$2.5
billion for 2026, after previously forecasting 'significantly' higher
earnings fo...
59 minit yang lalu







Tiada ulasan:
Catat Ulasan