script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Tragedi Maut Akibat Pokok Tumbang Di Janda Baik, Wan Rosdy Anggap Pemergian Mohd Radzi Kehilangan Besar Buat UMNO Pahang

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan pemergian Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Mohd Radzi Rahim yang meninggal dunia dalam kejadian pokok tumbang di Bentong, sebagai kehilangan besar kepada parti dan masyarakat.

Menerusi satu hantaran di Facebook, beliau berkata, Allahyarham adalah pemimpin muda yang komited, berjiwa rakyat serta sentiasa istiqamah dalam memperjuangkan parti.

“Allahyarham telah kembali ke rahmatullah dalam kejadian pokok tumbang di Bentong pada tengah hari tadi. Lebih memilukan, tragedi tersebut turut meragut nyawa isteri, adik ipar serta seorang anak Allahyarham.

“Sesungguhnya, pemergian Allahyarham satu kehilangan yang amat besar. Bukan sahaja kepada seluruh ahli keluarga yang ditinggalkan, malah kepada UMNO Bahagian Maran, Pergerakan Pemuda UMNO Pahang serta Badan Perhubungan UMNO Pahang,” katanya.

Wan Rosdy berkata, bagi pihak Badan Perhubungan UMNO negeri, beliau merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Mohd Radzi.

Beliau turut mendoakan agar keluarga Allahyarham dikurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian yang amat berat itu.

“Marilah kita mendoakan semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan semua yang terkorban.

“Mengampunkan segala dosa mereka serta menempatkan mereka dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah,” katanya.

Terdahulu, Allahyarham Mohd Radzi Rahim antara empat sekeluarga maut selepas kenderaan jenis pacuan empat roda dinaiki mereka dihempap pokok di Jalan Janda Baik-Bentong, dekat Janda Baik, di sini, tengah hari tadi.

Kejadian berlaku ketika kenderaan jenis Ford Raptor dinaiki lima sekeluarga dipercayai dalam perjalanan dari arah Bentong menuju Janda Baik, sebelum dihempap sebatang pokok yang tiba-tiba tumbang.

Selain empat maut, seorang lagi mangsa membabitkan kanak-kanak dilaporkan parah. #themalaysiapress

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Najib Akan Terus Kekal Dalam Penjara Kajang Sehingga Denda RM50 Juta Yang Disyaratkan Ke Atasnya Dibayar Kepada Mahkamah

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan kekal dalam Penjara Kajang sehingga denda RM50 juta yang disyaratkan ke at...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.