script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Dua Remaja Lelaki Di Percayai Terlibat Kes Samun Mendatangkan Kecederaan Terhadap Lelaki Orang Kurang Upaya Di Tahan Polis

KUANTAN: Dua remaja lelaki dipercayai terlibat dalam kejadian samun mendatangkan kecederaan terhadap seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) di sini ditahan polis bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, kejadian itu berlaku di Kampung Darat Beserah pada 29 Julai lalu dan mangsa telah membuat laporan polis mengenainya.

"Kedua-dua suspek berusia 16 dan 17 tahun ditahan selepas serbuan di hadapan sebuah rumah di Lorong Pelindung Damai 6.

"Tangkapan itu dibuat jam 7 malam pada 30 Julai lalu hasil risikan dan maklumat yang diterima sepasukan pegawai serta anggota dari Balai Polis Beserah," katanya pada Ahad.

Sebelum itu, satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi kira-kira 40 saat dipercayai memaparkan kejadian berkenaan tular di media sosial sehingga mengundang kecaman orang ramai.

Menerusi rakaman itu, kelihatan seorang remaja lelaki berbaju hitam dipercayai menyerang mangsa sebelum mengheret lelaki OKU terbabit dan melarikan beg miliknya.

Ashari memaklumkan, semakan mendapati remaja berusia 17 tahun mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan dadah selain masih dikehendaki bagi satu kes di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jelasnya, suspek berusia 16 tahun pula tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

"Kedua-dua suspek kini ditahan bagi membantu siasatan, manakala kertas siasatan sedang dilengkapkan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun sehingga mendatangkan kecederaan," jelasnya

Beliau menegaskan pihak polis memandang serius jenayah yang menyasarkan golongan rentan khususnya OKU

"Kita tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang melakukan kesalahan sedemikian.

"Orang ramai turut diminta menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kegiatan jenayah kepada pihak polis bagi membantu mengekalkan keselamatan dan ketenteraman awam," katanya. #sinarharian

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Hasil Sektor Perhutanan Pahang Mencecah Kira-Kira RM80 Juta Setakat Bulan Ini, Sasaran Kutipan RM150 Juta Menjelang Akhir Tahun

LIPIS: Hasil sektor perhutanan Pahang mencecah kira-kira RM80 juta setakat bulan ini sekali gus meletakkan kerajaan negeri optimis sasaran k...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.