script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Berkenan Rasmi Dan Masyhur Masjid Al-Taqwa Kampung Desa Murni

TEMERLOH: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat merasmikan dan memasyhurkan Masjid Al-Taqwa Kampung Desa Murni serta menghadiri Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Paduka Baginda Ke-67 di sini, semalam.

Pada majlis itu, Baginda menzahirkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dapat bersama-sama meraikan pembukaan sebuah lagi rumah Allah yang bukan sekadar sebuah binaan indah, malah menjadi pusat penyatuan ummah, penyuburan ilmu, pemerkasaan akidah serta benteng dalam membentuk masyarakat yang beriman dan berakhlak mulia.

“Pembinaan sebuah masjid bukan sekadar mendirikan sebuah bangunan yang indah di pandang mata, tetapi membangunkan pusat penyatuan hati medan penyuburan ilmu tempat memperkukuhkan akidah serta benteng mempertahankan umat dari segala bentuk kerosakan akhlak dan pemikiran,” titah Baginda.

Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang telah menyumbang tenaga, masa dan usaha sehingga pembinaan masjid tersebut berjaya direalisasikan demi manfaat masyarakat setempat.

“Beta doakan agar Masjid Al-Taqwa terus menjadi mercu keimanan yang menghidupkan syiar Islam, melahirkan generasi berilmu, beriman dan berintegriti serta menjadi pusat pembangunan ummah yang memberi manfaat berpanjangan kepada masyarakat,” titah Baginda.

Baginda kemudian berkenan menyampaikan sumbangan kepada 150 golongan memerlukan yang terpilih dari empat mukim di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Temerloh.

Majlis yang dihadiri kira-kira 1,500 jemputan dan masyarakat setempat itu turut dimeriahkan dengan upacara memotong pulut kuning sebagai simbolik sempena ulang tahun hari keputeraan Baginda sebelum diakhiri dengan jamuan diraja. #malaysiaktif

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Hasil Sektor Perhutanan Pahang Mencecah Kira-Kira RM80 Juta Setakat Bulan Ini, Sasaran Kutipan RM150 Juta Menjelang Akhir Tahun

LIPIS: Hasil sektor perhutanan Pahang mencecah kira-kira RM80 juta setakat bulan ini sekali gus meletakkan kerajaan negeri optimis sasaran k...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.