script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Tragedi Maut Akibat Pokok Tumbang Di Janda Baik, Zahid Anggap Pemergian Mohd Radzi Kehilangan Besar Kepada Keluarga UMNO

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Mohd Radzi Rahimi yang maut bersama-sama isteri, anak dan adik iparnya dalam kejadian pokok tumbang di Bentong, pada Isnin.

Beliau berkata, pemergian Mohd Radzi atau lebih dikenali sebagai Eddy satu kehilangan kepada keluarga besar UMNO, khususnya UMNO Bahagian Maran dan Pergerakan Pemuda UMNO Pahang.

"Salam takziah saya ucapkan kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham. Tiada kata yang mampu menggambarkan betapa beratnya ujian yang sedang dihadapi.

"Semoga ALLAH SWT mengurniakan kekuatan dan ketabahan kepada seluruh ahli keluarga dalam menghadapi saat yang amat sukar ini,” katanya menerusi hantaran Facebook pada Isnin.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri memohon orang ramai untuk mendoakan agar Allahyarham Mohd Radzi sekeluarga diampunkan segala dosa, dilimpahkan rahmat serta ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Terdahulu, Mohd Radzi, 40, dan tiga ahli keluarganya, iaitu isteri Nuriani Mohammad Jafri, 36, anak Muhammad Rizz Hazim, lima tahun, serta adik ipar Mohammad Nizam Mohammad Jafri, 35, terkorban selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka dihempap pokok tumbang.

Kejadian yang berlaku di Jalan Lama Kuala Lumpur menghala ke pintu gerbang Janda Baik, Bentong turut menyebabkan seorang kanak-kanak cedera, iaitu kembar kepada kanak-kanak yang maut. #sinarharian

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Najib Akan Terus Kekal Dalam Penjara Kajang Sehingga Denda RM50 Juta Yang Disyaratkan Ke Atasnya Dibayar Kepada Mahkamah

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan kekal dalam Penjara Kajang sehingga denda RM50 juta yang disyaratkan ke at...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.