script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Tengku Mahkota Pahang Berjaya Menamatkan Latihan Penerbangan Sebagai Juruterbang Helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia

KUALA LUMPUR: Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berjaya menamatkan latihan penerbangan sebagai juruterbang helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), semalam.

Kejayaan itu dicapai selepas Baginda lulus Final Handling Test (FHT), sekali gus melakar detik bersejarah dalam latihan penerbangan TUDM.

"Tanggal 31 Julai 2026 melakar detik bersejarah apabila Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang berjaya menamatkan latihan penerbangan sebagai juruterbang helikopter TUDM.

"Baginda telah berjaya menamatkan Final Handling Test (FHT) dengan jayanya yang merangkumi latihan Circuit and Landing, Steep Turn, Low Flying, Quickstop, Limited Power Operation, Confined Area Operation dan Practice Forced Landing (Autorotation)," menurut kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook Kesultanan Pahang, malam tadi.

Katanya, kejayaan ini menjadi kemuncak kepada latihan penerbangan helikopter yang telah dilalui Baginda, sekali gus mencerminkan komitmen, disiplin dan kecekapan Baginda dalam memenuhi piawaian latihan penerbangan TUDM.

Turut hadir pada majlis ringkas itu ialah Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Datuk Nur Hafis Abdul Karim dan Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Leftenan Jeneral Datuk Muhammad Tarminzi Mustapha. #harianmetro

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Hasil Sektor Perhutanan Pahang Mencecah Kira-Kira RM80 Juta Setakat Bulan Ini, Sasaran Kutipan RM150 Juta Menjelang Akhir Tahun

LIPIS: Hasil sektor perhutanan Pahang mencecah kira-kira RM80 juta setakat bulan ini sekali gus meletakkan kerajaan negeri optimis sasaran k...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.