script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kerajaan Pahang Komited Kekalkan 57.07 Peratus Hutan Simpan Daripada Keseluruhan Keluasan Kira-Kira 3.6 Juta Hektar Hutan

LIPIS: Kerajaan negeri komited memastikan kawasan hutan simpan terus dipelihara dengan mengekalkan 57.07 peratus daripada keseluruhan keluasan kira-kira 3.6 juta hektar hutan negeri sebagai kawasan hutan simpan.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sehubungan itu setiap cadangan pembangunan termasuk melibatkan kawasan berhutan akan dinilai secara teliti berdasarkan syor dan pandangan daripada agensi teknikal berkaitan sebelum sebarang keputusan dibuat.

“Kalau sekiranya agensi berkenaan tidak mensyorkan untuk diluluskan, kerajaan negeri lazimnya akan mengikut syor yang dikemukakan oleh agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dengan sesuatu kelulusan,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Pahang di Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan (IPGKTAA) Lipis sini hari ini.

Mengulas prestasi sektor perhutanan, Wan Rosdy berkata, hasil sektor itu pada 2025 meningkat kepada RM117 juta berbanding tahun sebelumnya, sekali gus mencerminkan perkembangan positif industri berkenaan.

Dalam pada itu Wan Rosdy berkata, kerajaan Pahang berharap Kerajaan Persekutuan dapat terus meningkatkan peruntukan Ecological Fiscal Transfer (EFT) bagi membolehkan negeri itu memperkukuh usaha pemeliharaan hutan di samping melaksanakan pelbagai program pembangunan yang memberi manfaat terus kepada rakyat.

Beliau berkata, peningkatan peruntukan EFT yang diterima saban tahun membuktikan komitmen Kerajaan Persekutuan dalam menyokong negeri yang mengekalkan kawasan hutan sebagai khazanah alam.

“Pahang menerima peruntukan EFT berjumlah lebih RM24.57 juta tahun ini dan berharap jumlah itu dapat terus dipertingkatkan pada masa akan datang,” ujarnya. #KOSMO! 

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Hasil Sektor Perhutanan Pahang Mencecah Kira-Kira RM80 Juta Setakat Bulan Ini, Sasaran Kutipan RM150 Juta Menjelang Akhir Tahun

LIPIS: Hasil sektor perhutanan Pahang mencecah kira-kira RM80 juta setakat bulan ini sekali gus meletakkan kerajaan negeri optimis sasaran k...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.