script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

ADUN Semambu Dakwa Tindakan Sekat Akses Peruntukan Ahli Parlimen, Buktikan Pakatan Harapan Gagal Penuhi Janji Reformasi

KUALA LUMPUR: Isu penyekatan akses sistem peruntukan MyKhas perlu dilihat sebagai persoalan reformasi institusi dan keadilan kepada rakyat, bukan sekadar pertikaian politik.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN Semambu), Chan Chun Kuang, berkata tindakan menyekat akses peruntukan itu membuktikan Pakatan Harapan (PH) gagal memenuhi janji reformasi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Sebagai contoh, katanya, wakil rakyat pembangkang juga masih dinafikan hak untuk mendapatkan peruntukan pembangunan kawasan.

"Ini menunjukkan kerajaan masih gagal melaksanakan prinsip peruntukan yang adil dan saksama kepada semua Ahli Parlimen tanpa mengira parti politik, sedangkan perkara itu antara komitmen Pakatan Harapan (PH) dalam Tawaran Harapan PRU-15 (Pilihan Raya Umum ke-15).

"Komitmen ini bukan sekadar janji politik, ia sebahagian daripada semangat reformasi yang diperjuangkan PKR sejak penubuhannya yang kini sebagai parti pemerintah Kerajaan Persekutuan. Prinsip ini wajar diterjemahkan dalam pentadbiran.

"Jika peruntukan boleh disekat atau ditarik balik berdasarkan pendirian politik seseorang Ahli Parlimen, maka kita bukan saja gagal memenuhi janji reformasi, malah mengekalkan budaya politik yang sepatutnya kita ubah," katanya dalam kenyataan hari ini.

"Jika peruntukan boleh disekat atau ditarik balik berdasarkan pendirian politik seseorang Ahli Parlimen, maka kita bukan saja gagal memenuhi janji reformasi, malah mengekalkan budaya politik yang sepatutnya kita ubah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sejak beberapa bulan lalu, beberapa Ahli Parlimen PKR iaitu Rodziah Ismail (Ampang), Lee Chean Chung (Petaling Jaya) dan Wong Chen (Subang) dilaporkan tidak lagi mempunyai akses kepada sistem MyKhas.

Mengulas lanjut, Chun Kuang berkata, Ahli Parlimen kerajaan atau backbencher juga mempunyai tanggungjawab dan amanah daripada rakyat untuk menjalankan fungsi semak dan imbang terhadap kuasa eksekutif.

"Peruntukan kawasan tidak boleh dijadikan alat untuk menghukum Ahli Parlimen yang kritikal terhadap kerajaan.

"Dalam konteks ini, adalah bahaya sekiranya peruntukan kawasan boleh disekat atau ditarik balik berdasarkan budi bicara politik Perdana Menteri.

"Perbezaan pendirian atau kritikan terhadap kerajaan adalah sebahagian daripada demokrasi, iaitu mekanisme semak dan imbang yang sihat dalam memastikan kuasa eksekutif sentiasa dipertanggungjawabkan," katanya.

Chun Kuang berkata, lebih membimbangkan, terdapat keadaan individu atau wakil parti yang tidak mempunyai mandat daripada rakyat dilantik kerajaan untuk menguruskan dana yang pada asalnya bertujuan memenuhi keperluan pembangunan kawasan.

"Ia bukan saja menimbulkan kekeliruan dari segi tadbir urus, malah boleh bercanggah dengan semangat demokrasi yang meletakkan mandat rakyat sebagai asas kepada perwakilan politik.

"Oleh itu, saya berpandangan sistem Peruntukan Pembangunan Kawasan (CDF) yang bergantung kepada budi bicara politik perlu direformasi.

"Daripada terus menjadikan CDF sebagai alat politik, Kerajaan Madani wajar menggantikannya dengan satu mekanisme pembangunan kawasan yang telus, berasaskan keperluan, mempunyai garis panduan jelas dan boleh diaudit," katanya.

Beliau berkata, permohonan pembangunan perlu dinilai berdasarkan keperluan rakyat dan kriteria ditetapkan serta disalurkan melalui agensi kerajaan berkaitan tanpa campur tangan politik.

"Ini bukan sesuatu yang baharu. Mekanisme seperti ini sudah lama diamalkan dalam pelbagai negara demokrasi yang matang, yang mana pembangunan dan penyampaian perkhidmatan awam dilaksanakan berdasarkan keperluan, kriteria serta garis panduan jelas, bukannya berdasarkan kecenderungan politik kawasan itu," katanya. #BeritaHarian

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang Tahan 228 Pendatang Tanpa Izin Termasuk Tujuh Kanak-Kanak Di Jerantut, Rompin Dan Kuantan

KUANTAN: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 228 pendatang tanpa izin, termasuk tujuh kanak-kanak yang disyaki melakukan pelbagai kesa...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.