script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Dua Rakan Maut Kemalangan Di Jalan Pekan-Nenasi !


PEKAN - Perjalanan dua lelaki menguruskan kerja harian mereka berakhir selepas terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 29, Jalan Pekan-Nenasi berhampiran Kampung Tanjung Batu, pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, Mohd Nazir Mohd Yusoff, 36, dari Batu 9, Kampung Sungai Miang maut di tempat kejadian selepas lori lima tan jenis Isuzu yang dipandu sendirian dari arah Pekan ke Rompin bertembung dengan sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang turut membawa muatan minuman keras.Ketua Polis Daerah, Superintendan Yahaya Othman berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku selepas pacuan empat roda yang dipandu Yeo Kee Wah, 29, dari arah Nenasi terbabas, lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan lori dipandu Mohd Nazir. “Rempuhan kuat dari arah depan kedua-dua kenderaan berlaku ekoran pacuan empat roda terbabas secara tiba-tiba dalam jarak dekat menyebabkan pemandu lori berkenaan tidak dapat mengelak dan terbalik ke sebelah kanan jalan. “Kemalangan teruk itu turut menyebabkan Yeo yang beralamat di Jalan Besar, Kuantan maut serta-merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan,” katanya ketika ditemui. Yahaya berkata, kedua-dua kenderaan mengalami kerosakan teruk di seluruh bahagian depan dan sebelah kanan. Kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. #selanjutnya
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tragedi Maut Akibat Pokok Tumbang Di Janda Baik, Wan Rosdy Anggap Pemergian Mohd Radzi Kehilangan Besar Buat UMNO Pahang

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan pemergian Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Mohd Rad...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.