script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kalimah Allah: 'UMNO Bentong' Kumpul Tandatangan !


BENTONG - Kenyataan Pengarang Mingguan The Herald, Paderi Lawrence Andrew berhubung penggunaan kalimah ALLAH ternyata mengguris perasaan umat Islam dan perlu diambil tindakan sewajarnya. Ketua Penerangan UMNO Bahagian, Zaharah Ismail berkata, sejajar itu, pihaknya menjalankan program kutipan tandatangan membantah kenyataan dikeluarkan itu. Katanya, tandatangan dikumpulkan di atas kain rentang yang dipasang semasa pelaksanaan program di beberapa lokasi termasuk Mempaga, Kampung Jambu Rias, Benus, Kampung Bukit Gajah dan Felda Lurah Bilut. “Kain rentang dipenuhi tandatangan itu nanti kami akan serahkan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk tindakan selanjutnya. “Pihak kami menjangkakan ia akan diserahkan pada awal Februari depan sebagai tanda bantahan penduduk daerah ini terhadap kenyataan dikeluarkan,” katanya. Zaharah berkata, ia sebahagian daripada usaha untuk menyatakan rasa kurang senang atas kenyataan dikeluarkan selain membuat laporan polis. Katanya, bantahan dengan cara menurunkan tandatangan ke atas kain rentang dilihat cara sopan yang mana tidak perlu menggunakan medium berdemonstrasi secara jalanan untuk membuat bantahan. “Diharap tindakan sewajarnya dapat diambil bagi memastikan kemelut penggunaan kalimah ALLAH ini dapat diselesaikan secepat mungkin. “Dalam masa sama, penduduk daerah ini juga diharap dapat berikan sokongan turunkan tandatangan,” katanya. #sumber
Share:

2 ulasan:

  1. Dari Jabir bin 'Abdullah katanya Rasulullah s.a.w bertanya: “Siapa yang bersedia membunuh Ka’b bin-Ashraf yang telah mnyakiti Allah dan Rasul-Nya?” Saat itu Muhammad bin Maslama berdiri sambil berkata,”Ya Rasulullah, apakah anda ingin saya membunuhnya?” Nabi s.a.w berkata, “Ya”.

    BalasPadam
  2. saya syak ada udang disebalik batu pasal poster ini,pihak gereja mengaku bukan kerja mereka,DAP pun kononnya mcm menyesal sbb mereka tak buat pun perkara ni tetapi mereka tuntut (so menyesal pun tak guna) umno mcm kononnya mengamuk sbb sbnrnya saya mcm tak yakin dgn amukkan umno ini.dua2 pihak boleh ada bahagian dalam hal ni kerana dua2 pihak ada motif,kalau nak cari penyelesaian utk isu ini,pihak DAP berhenti tuntut..umno jangan bubuh petrol dalam api..yg letak kain rentang tu rasa diri diaorang bijak mcm british lempar kepala babi utk cetuskan rusuhan kaum dulu..tetapi kalau DAP tidak berkeras dan umno tak menyalak lebih..orang2 yg gantung ni nampak bodo sebodonya..sy tak nak diaorang nmpak bodo..sy nak org yg gantung tu tak kira sapa dia atau kedudukan dia..dibuang negara terus.Selagi DAP tak undur dari tuntutannya saya pasti penganut kristian takkan berasa selamat cthnya dikacau dgn insiden begini..isu kalimah Allah ni tak sepatutnya terkeluar pun tetapi DAP dah kasi itu api marak..yg merana paling teruk nanti ialah penganut2 kristian takkan diaorang tak nampak minority takkan menang atas majority..kaloau dipaksa jugak..yg minoriti akan merana.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tragedi Maut Akibat Pokok Tumbang Di Janda Baik, Wan Rosdy Anggap Pemergian Mohd Radzi Kehilangan Besar Buat UMNO Pahang

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan pemergian Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Mohd Rad...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.