TEMERLOH - Sejak tiga tahun lalu, Romli Mohamad, 80, yang tinggal bersama anak bongsunya di Taman Saga di Mentakab dekat sini hanya mampu terbaring akibat tidak dapat berjalan dan melihat.
Jika anak bongsunya keluar bekerja, maka Romli akan merangkak untuk bergerak di dalam rumah atau mengharapkan bantuan jiran.
Lebih menyedihkan, rumah yang didiaminya bukan sahaja tidak terurus dan tiada bekalan elektrik tetapi hampir kesemua bahagian bumbung sudah bocor.
Setiap kali hujan, Romli pastinya basah dan terpaksa merangkak ke sana sini sendirian mencari kawasan yang kering agar tidak kesejukan.
Menurut Romli, wang pencen yang diterimanya hanya dapat digunakan untuk membayar ansuran rumah dan juga untuk makan selain belanja membeli ubatnya.
Namun penderitaan pesara tentera itu berakhir apabila dia mendapat perhatian UMNO Bahagian Temerloh yang memberi bantuan bagi membaiki rumahnya di Taman Saga itu.
Sumbangan awal berjumlah RM7,000 bagi membaiki rumahnya termasuk menggantikan keseluruhan atap yang bocor adalah hasil usaha Ketua UMNO Bahagian Temerloh, Datuk Mohd. Sharkar Samsudin.
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Temerloh, Nor Azmi Mat Ludin yang mengunjungi Romli berkata, sumbangan daripada kerajaan negeri itu merupakan bantuan wal untuk meringankan beban Romli.
Katanya, mereka akan berusaha menyalurkan bantuan lain termasuklah kerusi roda dan bantuan kebajikan pada masa terdekat.
Sementara itu, Romli berkata, dia amat terharu dengan perhatian kerajaan negeri dan UMNO Temerloh itu dan terharu dengan keprihatan ditunjukkan. #sumber
Lufthansa’s shares tumble after airline cuts outlook on Mideast war
-
The aviation group expects core profit of between US$2 billion and US$2.5
billion for 2026, after previously forecasting 'significantly' higher
earnings fo...
54 minit yang lalu







Tiada ulasan:
Catat Ulasan