KUANTAN - Sebanyak 140 kesalahan yang sering kali dilakukan pengguna jalan raya dikesan sepanjang tiga jam Operasi Bersepadu Agensi penguatkuasa di Kilometer 21, Jalan Pintasan Kuantan berhampiran Sirim dekat sini, petang kelmarin.
Operasi membabitkan 68 anggota termasuk tujuh pegawai dari pelbagai agensi termasuk cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jabatan Siasatan Jenayah dan Narkotik IPK, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat(SPAD) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Pemangku Pegawai Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Asisten Superintendan Zainalabidin Othman berkata, 70 saman dikeluarkan terhadap pesalah jalan raya.
Menurutnya, daripada jumlah saman dikeluarkan bahagian trafik, 18 melibatkan kesalahan memandu melebihi had laju, 19 tiada lesen memandu, empat tiada cukai jalan, lapan kesalahan guna nombor plat tidak dibenarkan manakala masing-masing satu saman bagi kesalahan tiada cermin sisi dan lampu brek tidak berfungsi.
“Dalam operasi sama, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK Pahang melakukan pemeriksaan ke atas 20 pengguna jalan raya dan tiga daripada mereka didapati positif dadah jenis methamphetamine dan syabu.
“Bagaimanapun tiada tangkapan dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Negeri membabitkan suspek kes jenayah atau individu dikehendaki,” katanya.
Zainalabidin berkata, JAS memeriksa 250 kenderaan dan 150 daripadanya diarahkan menjalani ujian asap.
“Tujuh daripadanya dikenakan kompaun kerana mengeluarkan asap melebihi had ditetapkan,” katanya.
Menurutnya, JPJ menjalankan pemeriksaan ke atas 72 kenderaan dan daripada jumlah itu, 35 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan, 24 notis arah periksa cermin gelap, dua notis larangan dan dua kenderaan (kereta dan van) disita.
“SPAD melakukan pemeriksaan ke atas 18 kenderaan perdagangan dan enam notis dikeluarkan membabitkan lima lori dan sebuah bas.
“Dalam operasi itu, SPRM turut bersama namun tiada kes kesalahan melibatkan agensi itu dikesan,” katanya lagi. #sumber
Lufthansa’s shares tumble after airline cuts outlook on Mideast war
-
The aviation group expects core profit of between US$2 billion and US$2.5
billion for 2026, after previously forecasting 'significantly' higher
earnings fo...
54 minit yang lalu







Tiada ulasan:
Catat Ulasan