KUALA LUMPUR - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan tindakan Lee Chin Cheh meletakkan jawatan sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, sebagai tindakan tidak amanah dan mengkhianati kepercayaan rakyat.
Ismail Sabri, yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata tindakan wakil rakyat dari parti PKR itu juga jelas bukan untuk kepentingan rakyat tetapi hanya bersifat individu.
"Mana boleh kita tinggalkan rakyat macam begitu sahaja. Kita dipilih untuk menjadi wakil (rakyat) mereka, tak kan kita tinggalkan mereka tanpa sebab tanpa perbincangan.
"Dulu sewaktu bertanding, janji macam-macam untuk jaga kepentingan mereka, tiba-tiba tinggal macam itu sahaja...ini tidak bertanggungjawab," katanya selepas menjadi tetamu dalam program 'Ruang Bicara', program bual bicara terbitan Bernama TV, malam ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan wakil rakyat dari PKR itu yang menghantar surat peletakan jawatan kepada Speaker DUN Selangor Hannah Yeoh Tseow Suan, semalam.
Rentetan daripada peletakan jawatan itu, MB Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim umumkan Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dinamakan PKR sebagai calon, seandainya pilihan raya kecil diadakan, untuk isi kekosongan kerusi itu.
"Saya lihat pilihan raya ini tidak lebih daripada isu peribadi, dan sebenarnya perjuangan PKR dari hari pertama ia ditubuhkan adalah untuk hal peribadi, tujuannya adalah untuk kepentingan Datuk Seri Anwar Ibrahim, sampai hari ini," kata beliau lagi. #sumber
Lufthansa’s shares tumble after airline cuts outlook on Mideast war
-
The aviation group expects core profit of between US$2 billion and US$2.5
billion for 2026, after previously forecasting 'significantly' higher
earnings fo...
59 minit yang lalu







kadang-kadang bila orang yang tersangat takut akan memuji musuh atau menggunakan psikologi untuk menyembunyikan rasa takut... ini jelas kelihatan dipihak BN a.k.a umno., masyarakat telah amat maklum kedudukan umnobn yang bukan lagi goyah tapi dah nak rebah sangat.. buktinya serangan yang tak dapat ditangkis dari dalam dan luar yang bertubi-tubi kali. kalau dulu cuma pihak pembangkang saje yang taji umno bn, tapi kini pihak dalaman umno bn lebih bersungguh menghentam mereka. Jadi yang paling takut sekarang tidak lain dan tidak bukan adalah umnobn sendiri, maka terpaksa mengeluarkan statement yang akan menambahkan lagi individu-individu yang akan menyerang umnobn., biarlah masa yang akan menentukan. Yang paling signifikan selepas umnobn diserang dari dalam ialah rakyat semakin dapat melihat dengan jelas sikap hipokrit dan rakus umnobn, bagaimana mereka menggunakan wang negara untuk bermewah-mewah, begitu juga dengan kedudukan mereka dalam kemelut 'Kalimah Allah' yang kononnya merekalah pejuang sejati, namun allah buktikan bagaimana munafiknya mereka ini kerana selama ini merekalah yang paling lantang menentang syariat yang ditetapkan oleh Allah swt. sebut apa saje syariat Allah yang tidak ditentang oleh umnobn ? bab aurat, bab halal-haram dalam makan minum, halal haram dalam pergaulan, bab halal haram dalam aspek ekonomi . Senarai panjang penolakan umno terhadap syariat Allah ini pasti tidak dapat disangkal oleh pendokong umnobn sendiri.
BalasPadamKemelut antara umat islam dengan kristian secara langsung atau tidak langsung akan sedikit sebanyak 'menguntungkan' umnobn, sebab isu yang serupa ini telah digunakan oleh pihak umnobn (zaman mahathir) dulu dan ternyata ianya berkesan. Maka kemelut Islam-Kristian ini mungkin menjadi peluru untuk melemahkan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat (dan umnobn amat sedar hakikat ini) dan hendaknya semua rakyat yang berfikiran waras tidak terjerat dengan permainan yang boleh dianggap jahat lagi bahaya ini kerana sejak dari zaman mahathir dulu golongan yang memperlekehkan islam sentiasa menjadi senjata kesayangan pihak umnobn