script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Selangor Amat Kesal, Jepun Hina Ketua Pembangkang


KUALA LUMPUR - Kerajaan Selangor amat kesal dengan kejadian yang menimpa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dihalang memasuki negara Jepun berdasarkan laporan ‘sesuatu yang berlaku tahun lalu’ yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia. "Kerajaan negeri berpendapat perbuatan ini menghina kedudukan beliau selaku Ketua Pembangkang Malaysia yang telah dipilih oleh rakyat secara sah menjadi Ahli Parlimen menerusi Pililhan Raya Umum ke-13 yang lalu," kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, Abdul Khalid berkata, lebih dikesali Selangor mempunyai hubungan baik dari segi diplomatik dan ekonomi dengan Jepun dimana pelabur Jepun adalah pelabur asing terbesar di Selangor manakala Dato’ Seri Anwar Ibrahim pula adalah Penasihat Ekonomi Negeri Selangor. Mencerminkan hubungan baik dan kerjasama erat ini, beliau berharap kerajaan Jepun dapat memberi penjelasan yang memuaskan berkaitan insiden ini supaya sebarang kekeliruan dapat diselesaikan secepat mungkin. Anwar yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada jam 6.45 pagi bukan sahaja gagal melepasi pemeriksaan imigresen bahkan diarahkan pulang menaiki penerbangan pertama dari Tokyo. Anwar hadir ke Jepun atas jemputan Pengerusi Yayasan Nippon, Tan Sri Yohei Sasakawa. Beliau terpaksa mengambil tiket penerbangan pulang ke Kuala Lumpur pada jam 10.45 pagi dihari kejadian tersebut. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tragedi Maut Akibat Pokok Tumbang Di Janda Baik, Wan Rosdy Anggap Pemergian Mohd Radzi Kehilangan Besar Buat UMNO Pahang

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan pemergian Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Mohd Rad...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.