script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Penuntut UiTM Jengka Berdialog Dengan Musa Hitam


MARAN - Kira-kira 250 penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM), Jengka di sini menyertai sesi dialog dan ramah mesra bersama bekas Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Yayasan Sime Darby (YSD), Tun Musa Hitam di universiti berkenaan baru-baru ini. Kesemua mereka merupakan penuntut di bawah program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) bersama UiTM tajaan YSD. Sebanyak 176 daripada mereka merupakan penuntut yang sedang mengikuti kursus pra diploma manakala 74 lagi telah menamatkan program MDAB dan kini sedang melanjutkan pelajaran di peringkat diploma di universiti itu. Yang turut hadir Pemangku Rektor UiTM Pahang, Prof Dr. Jamaluddin Kasim dan Ketua Pegawai Eksekutif YSD, Yatela Zainal Abidin. YSD telah menyumbangkan sebanyak RM3 juta untuk program tersebut bagi membantu pelajar yang gagal dalam permohonan pertama mereka melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi. Seorang penuntut melalui program itu, Adlah Batrisyia Osman, 19, berterima kasih kepada YSD dan UiTM kerana memberikannya peluang kedua untuk melanjutkan pelajaran. "Peluang yang diberikan ini saya gunakan sebaik mungkin dan berkat hasil usaha saya berjaya menamatkan pra diploma dengan memperoleh purata nilai gred keseluruhan (CGPA) 4.0. "Kini saya sedang melanjutkan pelajaran di peringkat diploma dalam bidang perniagaan di UiTM ini," katanya. Seorang lagi penuntut, Mohd. Aiman Majis, 19, turut berterima kasih kepada YSD dan UiTM kerana merealisasikan impiannya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi setelah gagal dalam permohonan pertama yang dibuat sebelum ini. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tragedi Maut Akibat Pokok Tumbang Di Janda Baik, Wan Rosdy Anggap Pemergian Mohd Radzi Kehilangan Besar Buat UMNO Pahang

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan pemergian Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Mohd Rad...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.