Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin percaya wujud perancangan bagi melenyapkan kes pembunuhan Altantuya dengan ‘menghilangkan’ suspek utama kes itu.
“Bagi saya jelas, sejak kes tersebut dibicarakan sejak awal lagi ia sudah dirancang skrip-skripnya. “Kita dapat lihat dari pembebasan Abdul Razak Baginda yang juga terlibat dalam kes ini, kemudian dengan perbicaraan yang jelas mencurigakan, sehingga proses rayuan terhadap hukuman tersebut dijalankan.
Ini sudah dirancang dengan teliti bagi mendiamkan kes tersebut,” ujarnya ketika dihubungi. Abdul Razak Baginda, yang juga kenalan rapat perdana menteri dibebaskan daripada tuduhan bersubahat membunuh Altantuya pada 2008 selepas mahkamah mendapati tiada kes prima facie.
Ia menjadi lebih aneh apabila pendakwaraya memutuskan tidak membuat rayuan terhadap pembebasan Abdul Razak.
Baru-baru ini, portal The Malaysian Insider melaporkan kehilangan Koperal Sirul Azhar Umar, salah seorang daripada dua anggota polis yang dituduh membunuh wanita berkenaan, selepas dibebaskan Mahkamah Rayuan tahun lalu.
Menurut Chegu Bard, beliau sudah menjangkakan kes ini akan ditutup dan dibiarkan begitu sahaja apabila Barisan Nasional menang pilihan raya umum ke 13.
“Ini dilakukan kerana kes pembunuhan ini berkaitan dengan skandal pembelian kapal selam, dan sebab itu kes ini perlu didiamkan,” tegas beliau.
Menurutnya lagi, alasan bahawa suspek berkenaan yang didakwa hilang adalah dangkal dan tidak masuk akal sama sekali.
“Kita tahu kemampuan pihak berkuasa mengesan dan menangkap individu yang mereka kehendaki, ini jelas apabila ramai pemimpin dan aktivis rakyat ditangkap di tengah jalan mahupun ketika sedang makan.
“Jadi alasan bahawa suspek hilang sememangnya tak dapat diterima. Dia perlulah ditangkap dan didakwa,” tegasnya lagi. #sumber
Lufthansa’s shares tumble after airline cuts outlook on Mideast war
-
The aviation group expects core profit of between US$2 billion and US$2.5
billion for 2026, after previously forecasting 'significantly' higher
earnings fo...
54 minit yang lalu







Tiada ulasan:
Catat Ulasan