JERANTUT - Dua peniaga dikenakan tindakan undang-undang kerana melakukan kesalahan dalam Ops Harga 2.0 yang dijalankan oleh Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Daerah Jerantut.
Ketua Cawangan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Jerantut, Tan Siew Lin berkata, seorang peniaga dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 kerana gagal meletakkan tanda harga bagi barang jualan jenis rempah-ratus.
Menurutnya, seorang lagi dikenakan tindakan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 kerana menjual barangan kegunaan am iaitu tepung gandum Cap Kunci melebihi harga yang ditetapkan oleh kerajaan.
"Kami dapati seorang peniaga menjual harga tepung gandum cap kunci melebihi harga iaitu RM1.50 berbanding yang ditetapkan iaitu RM1.35 satu kilogram.
"Kami akan terus membuat pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan tiada peniaga yang cuba menaikkan harga barangan jualan terutama barangan kawalan," katanya ketika mengadakan operasi di Pasar Besar Jerantut, di sini semalam.
Siew Lin berkata, peniaga perlu memaparkan tanda harga pada setiap barangan jualan serta menggunakan alat timbang yang sah sahaja.
"Sekarang ini banyak peniaga yang menaikkan harga barang sesuka hati mereka dan kami akan mengambil tindakan yang sewajarnya di bawah undang-undang yang dikuatkuasakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan," ujarnya.
Beliau memberitahu, pihaknya mengalu-alukan laporan daripada orang ramai bagi membolehkan tindakan diambil terhadap peniaga yang sengaja melakukan kesalahan bagi mengaut keuntungan berlebihan di kawasan Jerantut. #sumber
Lufthansa’s shares tumble after airline cuts outlook on Mideast war
-
The aviation group expects core profit of between US$2 billion and US$2.5
billion for 2026, after previously forecasting 'significantly' higher
earnings fo...
54 minit yang lalu







Tiada ulasan:
Catat Ulasan