TEMERLOH - Persatuan Pemandu Teksi dan Kereta Sewa (PPTKS) Temerloh dan Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Temerloh membantah kenyataan Pengarang The Herald, Paderi Lawrence Andrew supaya semua gereja Katolik di Selangor terus menggunakan kalimah ALLAH dalam perhimpunan mingguan mereka.
Yang Dipertua PPTKS Temerloh, Yaakub Uda berkata, tindakan paderi terbabit seolah-olah cuba mencabar umat Islam di negara ini dan langsung tidak menghormati kesucian agama Islam.
Menurutnya, tindakan itu boleh menimbulkan suasana tidak senang dalam kalangan umat Islam di negara ini, sekali gus mampu menggugat keharmonian kaum yang dinikmati selama ini.
“Kami bantah keras kenyataan paderi terbabit dan akan mempertahankan penggunaan kalimah ALLAH hanya untuk umat Islam,” katanya sewaktu demonstrasi aman di hadapan pejabat persatuan itu dan pejabat PBTM Temerloh di Lurah Semantan semalam.
Beliau turut menyokong tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang merampas Bible versi Bahasa Melayu yang mengandungi kalimah Islam di sebuah premis di Petaling Jaya baru-baru ini.
Sementara itu Pengerusi PBTM Temerloh Kapten (B) Abdul Latif Mohd Noor yang mewakili 1,600 ahli persatuan itu di Temerloh berkata, PBTM kecewa apabila agama Islam dan kalimah ALLAH yang diperjuangkan bekas-bekas tentera selama ini sejak zaman darurat diperkotak-katikkan pihak tertentu.
Menurutnya, tindakan itu dianggap biadab dan boleh mengganggu-gugat keamanan dan keharmonian kaum yang dinikmati selama ini.
“Seperti yang kita tahu masjid adalah rumah ALLAH, apabila ada pihak yang menggunakan rumah ALLAH pada gereja selepas ini sudah tentu akan mengelirukan generasi muda masa depan.
“Bahkan penggunaan Bible Bahasa Melayu secara jelas menunjukkan ada usaha pihak tertentu untuk menyebarkan agama mereka kepada anak Melayu,” katanya.
Sehubungan itu PBTM Temerloh membantah keras kenyataan paderi Lawrence dan menyokong segala tindakan yang diambil kerajaan dalam usaha selesaikan isu kalimah ALLAH ini. #sumber
Lufthansa’s shares tumble after airline cuts outlook on Mideast war
-
The aviation group expects core profit of between US$2 billion and US$2.5
billion for 2026, after previously forecasting 'significantly' higher
earnings fo...
55 minit yang lalu







Tiada ulasan:
Catat Ulasan