KUANTAN, 25 Jan - Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (foto) bertitah, supaya langkah keselamatan yang lebih ketat dilakukan di Pantai Sepat dekat sini dek kerana kejadian lemas yang berlaku di pantai itu beberapa hari lalu. Baginda mahu pegawal pantai ditempatkan di lokasi terbabit terutamanya pada hari-hari cuti umum bagi mengelakkan kejaian yang tidak diingin berlaku. Titah baginda lagi, langkah itu wajar demi keselamatan orang ramai yang berkunjung ke pantai terbabit terutamanya pada musim cuti persekolahan seperti sekarang ini. Dalam kejadian baru ini, tiga mangsa lemas ketika mandi manda bagi meraikan cuti Tahun Baru Cina di pantai terbabit. Dua mangsa yang lemas pada 22 Jan ialah Mohd. Zaiful Abu Talib, 13, dan adik tirinya, Mohd. Saiful Mohd, 11, dari Sungai Isap dekat sini. Manakala pada keesokannya (23 Jan) pula, seorang lagi mangsa yang dikenali sebagai R. Alvin, 16, dari Tanah Putih meninggal dunia. Susulan kejadian itu, kini amaran bahaya (bendera merah) telah dikibarkan bagi melarang orang ramai mandi manda di pantai terbabit. Tengku Mahkota Pahang, sebelum hari ini telah mengadakan lawatan untuk menziarah keluarga dua mangsa yang lemas itu di Sg.Isap. Baginda dan Tengku Puan Pahang, turut hulurkan sumbangan bagi meringankan beban keluarga mangsa terbabit.

Salah seorang mangsa lemas, cuba diselamatkan pada hari kejadian
[Titah Tengku Mahkota Pahang ini perlulah diberi perhatian oleh semua pihak, agar kejadian yang sama tidak berulang lagi. Namun, sesuatu perlu dilakukan kerana selang sehari selepas kejadian pertama berlaku keeseokannya ada lagi mangsa yang lemas di pantai itu. Ini bermakna, tidak ada pihak yang mengawal pantai terbabit dan memberi amaran supaya orang ramai tidak mandi manda selepas berlaku dua kematian pada hari sebelumnya. Sepatutnya, pantai itu perlu ditutup kepada orang ramai selepas kejadian pertama. Soalnya, siapakah yang bertanggungjawab memantau pantai itu?. Pantai Sepat adalah satu pantai perkelahan yang landai jika dibandingkan dengan Teluk Chempedak sebenarnya. Maka itu, kejadian lemas sukar berlaku kerana jarak persisir pantai yang landai dengan kawasan dalam adalah jauh. Namun, mungkin mereka yang menjadi mangsa telah memberanikan diri untuk berenang di kawasan dalam yang memang berbahaya. Ikhtibarnya, ibubapa tidak wajar membiarkan anak-anak mereka mandi manda di tepi pantai sesuka hati. Sepatutnya, ibubapa perlu berada disamping anak-anak mereka dalam apa jua keadaan sekali pun. Apapun, PDO ucapkan takziah kepada keluarga semua mangsa yang terlibat. Semoga roh semua mereka dicucuri rahmat].

MASIH KU INGAT 2/3 TAHUN LALU KAPAL/TONGKANG WARNA MERAH KARAT SEBESAR 2 PADANG BOLA TERSADAI BETUL2 TEPI PANTAI TU..
BalasPadamTAK TAHU SAPE PUNYA, MASYAALAH BOSARNYA, KERAT2 JUAL BESI BURUK PUN 500 TAHUN TAK ABIS MAKAN.
BAYANGKAN LAH MACAM MANA boleh TERDAMPAR KAT SITU.. SO MENUNJUKKAN OMBAK KUAT DAN AIRNYA DALAM...kankankan
TQ -TM berdua..
BalasPadamMelawat kekawasan kami.
ANDA adalah Bakal RAJA /Pewaris yg amat perihatin dan menginsafi nasib Rakyat Negeri ini.
Syukur Alhamdulillah.
laen kali tak tahu berenang bawaklah pelampong bukan mahal pun bebanding nyawa manusia...bab keselamatan ni org kita masih rendah tahap pemikirannya..contoh utama bwk moto tak pakai helmet...yg pandai nyalahkan kerajaan jer...dah letak papan tanda buang sampah denda rm500 disitulah tempat longgok sampah...yg pandai nyalahkan org laen sendiri punya salah x nk ngaku inilah org kita...takziah n alfatihah untuk keluarga mangsa
BalasPadamarea playground kt pantai sepat tu memang berbahaya.sbb pantainya dlm mcm TC ...slalu makan org...kalau nk mandi cari area jauh skit dr situ..landai sikit...kalau x percaya tanya org kg sepat...
BalasPadammana org MPK? x buat keje ke....
BalasPadam