script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Hj.Hadi Bakal Tentukan 'Siapa Pengganti' Hasan Ali Untuk Di Lantik Ke 'Jawatan Exco' Yang Baru !

PETALING JAYA 11 Jan - Individu yang akan dilantik bagi menggantikan Datuk Dr. Hasan Ali (foto) sebagai anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor akan ditentukan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kata Naib Presiden parti itu, Datuk Mahfuz Omar. Beliau berkata, perkara itu akan dibincangkan dalam satu mesyuarat kepimpinan Pas tidak lama lagi. "Bila (mesyuarat) itu saya tak tahu. Tapi buat masa ini, kita belum buat keputusan lagi. Surat (pemecatan) sudah dihantar kepada Hasan Ali,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. Pada Ahad lepas, Hasan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastrukur dan Kemudahan Awam Selangor dan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dipecat sebagai anggota PAS berkuat kuasa serta merta kerana didakwa bertindak melanggar kepentingan parti. Mahfuz berkata, Hasan masih mempunyai peluang untuk merayu kepada Majlis Syura PAS jika tidak berpuas hati dengan pemecatan beliau. Sementara itu, dalam perkembangan lain Hassan Ali dipercayai tidak menghadiri mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Selangor hari ini kerana beliau sedang bercuti. Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Iskandar Abdul Samad berkata, mesyuarat hari ini tidak membincangkan portfolio Hasan itu. "Mesyuarat Exco hari ini hanya berbincang mengenai program kendalian kerajaan negeri bagi faedah rakyat di negeri ini,” katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat Exco di sini.

Share:

12 ulasan:

  1. Biasa la... Memangpun PAS akan tentukan siapa pengganti Hassan Ali, even soal siapa boleh dan berhak masuk syurga, PAS juga yang tentukandaputuskan.

    Tak begitu?

    BalasPadam
  2. ADA 3 ABDUL DALAM PR NI..
    BOLEH PILH MANA satu ABDUL YG BATUL2 "LOYAL" DALAM PIMPINAN GABUNGAN "PR".

    1. HASSAN ALI - mulut celupar melebehi Presiden
    2. IBRAHIM ALI - penjilat BN dan Pak Katak yg mengemis ke PAS.
    3. AZMIN ALI - loyal PKR sejak dulu.

    sama-sama renugkan..!!

    BalasPadam
  3. ada lah baik dan bagus hasan ali lepaskan jawatan exco tu.......tak perlu hasan ali ambil masa yang lama .hasan ali kena gantlemen dlm isu ini.

    BalasPadam
  4. Abdul Hadi juga patut dipecat?

    KOTA BHARU 11 Jan. - Majlis Syura Pas yang diketuai oleh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sepatutnya memecat presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana mengadakan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk membentuk kerajaan perpaduan.

    Bekas Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Md. Alwi Che Ahmad berkata, Abdul Hadi telah datang ke kediaman rasmi Perdana Menteri untuk membincangkan perkara tersebut dan bersetuju membentuk kerajaan perpaduan dengan UMNO selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.

    Beliau yang juga Setiausaha Barisan Nasional (BN) Kelantan bagaimanapun berkata, rancangan itu tidak menjadi kenyataan kerana ditentang oleh Nik Abdul Aziz dan beberapa pemimpin lain dalam Pas.

    "Abdul Hadi bersetuju untuk tubuh kerajaan perpaduan. Saya tahu kerana pada ketika itu saya adalah Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, malah saya terlibat secara langsung bertemu dengan beberapa pemimpin Pas untuk menubuhkan kerajaan perpaduan.

    "Kalau bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali dipecat maka Nik Abdul Aziz sewajarnya memecat Abdul Hadi kerana membelakangi parti. Nik Abdul Aziz adalah Mursyidul Am Pas yang mengetuai Majlis Syura dan kedudukannya lebih tinggi daripada Abdul Hadi.

    "Sebab itu saya melihat tindakan Pas pecat Hasan tidak mengikut syariat tetapi mengikut kepentingan parti selepas ditekan oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR)," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Bantuan Baucar Buku 1Malaysia kepada pelajar institusi pengajian tinggi di Politeknik Kota Bharu di sini, hari ini.

    Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Pas memecat Hasan kerana mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan dasar parti itu.

    Kontroversi membabitkan Hasan bermula apabila dia bersetuju dengan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membuat pemeriksaan terhadap sebuah gereja di Damansara tahun lalu yang disyaki memurtadkan beberapa orang Islam.

    Hasan menjadi tumpuan lagi apabila mempertikaikan perubahan dasar perjuangan Pas daripada negara Islam kepada negara berkebajikan.

    Kelantangan Hasan dalam memperjuangkan isu-isu berkaitan agama Islam telah mengundang rasa tidak senang DAP serta beberapa pemimpin tertinggi PKR sehingga ada yang menganggap beliau sebagai 'duri dalam daging' kepada pakatan pembangkang.

    Hasan sekali lagi menjadi perhatian apabila tidak menyokong perhimpunan Bebaskan Anwar 901 kelmarin dan menyarankan orang ramai khususnya mahasiswa tidak menyertainya.

    Kenyataan tersebut mengundang kemarahan PKR selaku penganjur perhimpunan sehingga Timbalan Presidennya, Azmin Ali menggesa Pas mengambil tindakan terhadap Hasan.

    Md. Alwi yang juga Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan berkata, Hasan perlu dipertahankan supaya beliau dapat meneruskan agenda menegakkan Islam, Melayu dan mempertahankan institusi kesultanan Melayu.

    "Pas pecat Hasan kerana perbuatan mencegah nahi mungkar. Orang macam Hasan patut dipertahankan bukannya terus pecat serta merta, tetapi disebabkan DAP dan PKR, Hasan dipecat.

    "Pas adalah parti 'remote control'. Pas tidak perjuangkan Islam, disebabkan itu Nik Abdul Aziz buat keputusan pecat Hasan. Bohong kalau dia letak Islam di depan," katanya.

    BalasPadam
  5. Awang Luku cakap....lawak bodo

    kpd anon jan 12, 2012 7:27:00am

    Sebenarnya PAS pecat DHA bukan kerana
    desakan PKR & DAP! isunya kerana DHA
    nak jadi Presiden PAS dan kalau boleh nak ganti tempat TGDNA itu yg sebenornya... kakahkahkak

    BalasPadam
  6. hassan ali ni pas ad-hoc saja.
    asal usul bukan lahir dari pas pun, kata lain keturunan asal.
    patut pun kalu kena buang, lawan tokey.
    kita bagi kerusi , dia nak duduk atas meja pulak.Lepas tu tunjuk pandai, pakar motivasi konon.
    susah kalu bukan darah keturunan org politik ni.
    handal sangat tuboh parti baru islam, sendiri jadi presiden la.
    buat la macam zaid ibrahim tu.. itu pun nak diajar jugak.

    BalasPadam
  7. anony 7;27
    Apasal hang sibuk dengan perkara yang berlaku dalam Pas, kenapa tak perbaiki parti hang, Pari Ameno yang rasuah, pecah manah, tamak, gila kuasa dan tak bermoral tu. Pas pecat Hassan Ali, sebagai ahli Pas saya bersyukur kerana duri dalam daging dapat dibuang. Padan muka, Hassan Ali. Tali barut UMNO.

    BalasPadam
  8. Kebanyakan tau itu makna 'duri dalam daging' dan itu makna 'gunting dalam lipatan'.

    Kalo tak tau makna kira blum matang lagi la.

    BalasPadam
  9. 'gunting dalam lipatan'. 'musang berbulu ayam' atau 'telunjuk lurus kelingking berkait' ke... itu semua tak besar sangat bahayanya. Yang sangat2 berbahaya tu ialah 'KUTU DALAM SELUAR KECIK' orang PAS.

    BalasPadam
  10. Betul... Betul.... Betul...

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Polis Ambil Keterangan Rakan Serumah Bagi Membantu Siasatan Kes Seorang Penuntut Wanita Maut Dibunuh Teman Lelaki Di Kuantan

KUANTAN: Polis mengambil keterangan tiga individu bagi membantu siasatan kes seorang penuntut wanita maut dipercayai dibunuh teman lelakinya...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.