TEMERLOH, 28 Jan - Kerajaan Negeri Pahang didesak tidak meneruskan hasrat untuk membuat pengambilan semula tanah sebuah madrasah di Kampung Paya Siput, Lanchang dekat sini. Ia berikutan terdapat dakwaan salah sebuah pondok di madrasah terbabit dipercayai merupakan lokasi "titik tengah Semenanjung Malaysia". Difahamkan lokasi terbabit bakal dijadikan tarikan pelancongan berdasarkan kepada perngikhtirafan yang akan diberikan. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dipercayai telah melakukan kajian komprehensif untuk menentukan titik tengah sebenar Semenanjung Malaysia dengan menggunakan beberapa kaedah, dan titik tengah dikenal pasti pada kedudukan x bersamaan 469519.6934 dan y (386338.7621) iaitu di lokasi terbabit. Susulan dengan itu urusan pengambilan tanah sedang dilakukan oleh pihak yang berkenaan. Walau bagaimana pun kini terdapat dakwaan bahawa lokasi terkini seperti sebelum ini kedudukannya pada x bersamaan 63626.711462 dan y (446971.55564) ialah di Jerangsang, Benta, Lipis. Maknanya, "titik tengah semenanjung" di kawasan itu kini boleh dipertikaikan dan diragukan. Oleh yang demikian, usaha untuk menyelamatkan tapak madrasah terbabit sedang giat dilakukan. Difahamkan, Madrasah itu kini mempunyai kira-kira 100 penghuni termasuk dari kalangan remaja, anak yatim dan pasangan warga tua yang ingin mendalami ilmu agama secara percuma. Malah, tanah yang didakwa itu adalah merupakan hak milik seorang guru agama yang telah bersusah payah menjadikan kawasan itu untuk pengajian pondok. Soalnya, sepatutnya madrasah itu dipelihara dan bukan dirobohkan semata-mata mahu mencari publisiti. Mana yang lebih utama, pengajian agama dan titik tengah Semenanjung Malaysia?. Oleh itu, berbagai usaha sedang dilakukan oleh pihak madrasah untuk pertahankan kawasan terbabit termasuk mengadakan solat hajat dan sebagainya. [Persoalannya sekarang, ke mana perginya Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dalam mempertahankan madrasah ini?. Inilah masanya mereka bertindak mempertahankan institusi agama dari dirobohkan untuk tujuan pelancongan seperti yang didakwa. Sewajarnya pusat tarbiyah Islam ini dipertahankan demi masa depan generasi akan datang. Pihak terbabit sepatutnya memikirkan sesuatu untuk tidak merosakkan sebuah madrasah hanya kerana mahu menjadi lokasi berkenaan sebagai "titik tengah semenanjung". Malah difahamkan, dengan izin Allah titik tengah yang didakwa itu telah jatuh di lokasi "lubang najis" salah sebuah tandas di lokasi terbabit. Ini semua adalah petanda bahawa tidak ada kewajaran untuk pihak berkuasa merombak pusat pengembangan Islam. Umat Islam di seluruh negeri Pahang digesa bangkit untuk mempertahankan madrasah terbabit. Selamatkan Madrasah Darul Ulum dari menjadi mangsa pembangunan. Baca laporan berkenaan hasrat kerajaan negeri itu di SINI].










Pengambilan tanah di bawah Akta Pengambilan Tanah hanya untuk public purpose seperti mendirikan sekolah, hospital, membina jalan dan sebagainya dan bukan untuk di jadikan pusat pelancungan.
BalasPadamSo don't worry. Pengambilan tanah ini tidak boleh di lakukan ..kalau di teruskan juga bawa Negeri Pahang ke Mahkamah
Di mana suara Datok Dr. Hassan Ali untuk pertahan kan IMR.
BalasPadamMacamana MUIP nak bantu madrasah ni, sebab dah duit zakat dah habis beli Hotel MS Garden.. lagpun itu bukan tanggungjawab MUIP/JAIP nak selamatkan Madrasah/Sek Agama..yang penting MUIP kena selamatkan Hotel MS Garden daripada jatuh kepada Orang cina.. Nak jaga syiar islam lee katakan...hidup MUIP....
BalasPadamwat apa tnya suara hassan ali? tnyalah mana suara tuan berahim? mana suara pak jabit? hehe....ularmak politik
BalasPadampemilik madrasah tu ckap -
BalasPadamBagi Sabaruddin, 43, beliau tidak keberatan membenarkan sebahagian tanahnya dibangunkan untuk kepentingan awam kerana percaya pemilihan kawasan itu ada hikmah tersendiri.
"Saya tidak mahu mengambil kesempatan di atas perkembangan ini, sebaliknya menerima apa juga keputusan pihak berkuasa tempatan.
"Saya difahamkan, titik tengah yang dimaksudkan itu terletak betul-betul di bawah satu daripada pondok yang digunakan sebagai asrama oleh penghuni madrasah ini. Apa yang saya tahu, pihak berkuasa bercadang mewartakannya untuk dibangunkan dengan prasarana.
"Cuma, saya berharap beberapa pondok yang berada dalam lingkaran titik itu dapat dialihkan ke tempat lain yang lebih sesuai," katanya.
ape kehal pulak sampai nak libatkan kes mahkamah sumer ni? pemilik madarasah tu tak membantah pun... selidik dulu berita, ni tak, men letak je berita yg bukan2 ikut sesuka hati