KUALA LUMPUR 15 Jan - Seperti yang telah pun diramalkan, pemain badminton perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei (foto), hari ini muncul juara Terbuka Malaysia menewaskan pemain Jepun, Kenichi Tago di Stadium Putra Bukit Jalil. Chong Wei yang juga juara All England, sebelum menundukkan Tago 21-6, 21-13 telah mengenepikan Chen Long pada peringkat separuh akhir malam tadi dalam pertarungan sengit selama satu jam, 15 minit sebelum menang dengan keputusan 21-18, 12-21, 21-13. Dengan kemenangan ke atas Tago, Chong Wei berjaya menyamakan rekod yang dipegang legenda badminton negara, Wong Peng Soon yang menjadi juara terbanyak Terbuka Malaysia sebanyak lapan kali.
Jun Hao perlu buktikan kemampuan
-
LEONG Jun Hao masih menjadi sandaran utama perseorangan lelaki negara,
namun status itu perlu dibuktikan menerusi keputusan lebih meyakinkan
selepas pema...
Sejam yang lalu





