script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Ayah Si 'Rahimi', Yang Merupakan Mantan Ketua PKR Cabang Bentong Akhirnya Keluar PKR!

KUANTAN, 27 Jan - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang kini kehilangan seorang lagi pejuang hebat yang telah sekian lama bersama parti itu dalam mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Entah kenapa di ketika Anwar baru sahaja dibebaskan daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, tiba-tiba kita dikejutkan dengan tindakan Osman Ishak (foto) meninggalkan parti itu. Beliau yang merupakan mantan Ketua PKR Cabang Bentong dan merupakan antara penggerak Keadilan di Pahang dikatakan meninggalkan parti itu selepas "percaya dengan video seks" yang dikatakan melibatkan Ketua Pembangkang (Anwar) itu. Kami tidak dapat menghubungi beliau buat masa ini untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tindakannya itu. Namun, berdasarkan wawancara eksklusif yang telah dibuat olehnya dengan wartawan Utusan Malaysia Ahad lalu, ternyata ayah kepada Rahimi iaitu bekas Setiausaha Sulit Anwar itu kecewa dengan moral pemimpin terbabit maka rela meninggalkan perjuangan yang didokongnya selama ini. Baca disini untuk mendengar luahan hatinya. Persoalannya sekarang, apakah pemergian Osman yang merupakan salah seorang penyokong tegar Anwar itu boleh menggoncangkan PKR dan Pakatan Rakyat menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang?. Osman yang kelibatnya tidak lagi kelihatan dalam mana-mana program Anwar mutakhir ini dikatakan mengambil tindakan tersebut demi kebenaran. Malah, beliau sanggup berbalah dengan anaknya (Rahimi) dalam isu-isu yang melibatkan Anwar.

[Difahamkan, ramai lagi pemimpin kanan PKR termasuk dari negeri Pahang akan meninggalkan parti itu dalam masa terdekat ini. Apakah ini tandanya, pilihanraya umum ke-13 sudah semakin hampir dan urusan "jual beli" sudah mula berlaku. Terdapat juga sumber mengatakan, ada beberapa kerat pemimpin PKR Pahang kini mula mengadakan "pertemuan sulit" dengan pemimpin UMNO untuk tujuan "penghijrahan". Mereka dipercayai akan melakukan tindakan tersebut beberapa hari menjelang PRU-13 ini nanti. Soalnya sekarang, apakah PKR boleh menyiasat siapa individu terbabit atau mereka akan berhadapan dengan isu "lompat parti" sekali lagi selepas ini. Kepercayaan rakyat pasti akan terhakis jika semua ini tidak dibendung dari sekarang. Dengan ini, kini sudah dua orang bekas Ketua Cabang PKR Pahang meninggalkan parti itu. Sebelum ini, Md Nor Jaafar iaitu bekas Ketua Cabang Jerantut keluar parti dan menyertai Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) untuk bersama Datuk Zaid Ibrahim. Kini, apakah Osman akan menyertai beliau atau masuk UMNO seperti yang dilakukan oleh anaknya Rahimi (foto) sebelum ini. Apapun, PKR harus lebih berhati-hati].
Share:

11 ulasan:

  1. hahaha...dia nih dah lama kuar PKR. sejak puasa last year. Malahan bkn saja kuar PKR tapi takde yg baik lagi tentang PAS. This guy kena brainwash kow2 punya dlm satu perjumpaan sulit dgn bbrape individu termasuk dr ex leader ABIM. Skang nih dok bercakap dgn nada UMNO. Kehilangan kuasa melayu la, PAS lari dr perjuangan Islam la, bla bla bla. sinonim dgn ayat2 yg di laungkan oleh UMNO, Perkasa, Hasan Ali....

    BalasPadam
  2. lumrah bila dah dekat pru...
    alfulus wal rakus wal melehaq....
    cari makan beb......
    mcm mcm songeh nanti keluaq....
    bro nuar kena beringat kali nie kalo nak letak calon...pastikan yg asli punya.....ikhlas dlm 'perjuangan'...jngn cari mereka yg mudah dibeli oleh umngok.......kah kah kah....
    elok laa depa blah buang masa nih....umngok dah nazak tuh.....

    kah kah kah

    BalasPadam
  3. Mereka2 yang keluar parti, akan keluar parti atau sudah keluar parti meninggalkan perjuangan bukan lah pejuang dalam ertikata sebenar. Kebanyakkan orang seperti ini telah disahkan sebagai 'Oportunist', berkepentingan diri dan tidak lah berjuang untuk rakyat atas dasar prinsip hidup. Mereka yang boleh dibeli dengan wang ringgit adalah manusia yang paling daif dan mereka ini wajib dijauhi oleh saudara-mara dan sahabat handai kerana pada satu hari nanti mereka akan SANGGUP JUAL SAUDARA SENDIRI ATAU SAHABAT YANG PALING ISTIMEWA. ORANG2 SEPERTI INI TIDAK BOLEH DIPERCAYAI SAMA SEKALI DAN MERUPAKAN MANUSIA YANG PALING BAHAYA ATAS MUKA BUMI. TIDAK KETERLALUAN KALAU MEREKA SEPERTI INI DIGELAR PENGKHIANAT BANGSA AGAMA DAN NEGARA. KENAPA SAYA KATA BAGITU ADALAH BERDASARKAN PENDIRIAN DALAM ISU ATAU SOAL MARUAH. MASA KINI RAKYAT NAMPAK MARUAH PEMIMPIN2 TERTENTU DALAM UMNO/BN DALAM KERAJAAN YANG RAKUS DALAM MENUAL KEPENTINGAN RAKYAT, RASUAH DAN MORAL YANG RENDAH AKIBAT MEMBUTA TULI MENYOKONG PEMIMPIN YANG TERANG2 MELAKUKAN KEZALIMAN DAN RASUAH.
    KITA SUDAH DENGAR DAN BACA KES2 RASUAH YANG HEBAT2 SEPERTI PERWAJA, PKFZ YANG MERUGIKAN RAKYAT DAN NILAI KERUGIAN KESEMUA INI TIDAK KURANG 100 BILLION. INI LER HADIAH UMNO KEPADA RAKYAT MALAYSIA SELAMA 54 TAHUN MEMERINTAH NEGARA. CUKUP SEKADAR SAYA KATAKAN MEREKA YANG KELUAR PARTI KUNUNNYA ATAS ALASAN2 TERSENDIRI SEPERTI AKHLAK PEMIMPIN MEREKA YANG TIDAK TERBUKTI PUN ADALAH PENGKHIANAT. UMUM MENGETHAUI PAHANG YANG [PALING KUAT RASUAH DAN RAKYAT TAHU SEMUA LAFAZ YANG KELUAR DARI MULUT PENGKHIANAT INI DIBAYAR OLEH UMNO. ELOK PUN PENKHIANAT INI KELUAR PARTI SEBELUM PRU 13. YA1 ALLAH AMPUNKAN LAH DOSA MEREKA INI KERANA MEREKA TIDAK TAHU APA YAN G MEREKA LAKUKAN. SESUNGGUHNYA FITNAH KEATAS ORANG LAIN TANPA SEBARANG BUKTI ADLAH DOSA PALING BESAR.

    BalasPadam
  4. Yang berurusan berjual beli saham kuasa tuh kalangan yang memimpin. BIARKAN. Rakyat punyai moral tersendiri untuk memilih BN atau Pakatan Rakyat pada PRU-13 nanti. Biarkan mereka 'menunjukkan' diri sebenar mereka dalam barisan kepimpinan Pakata Rakyat. Kita pengundi bukan bodoh dan tuli.

    Isu berkaitan dengan DSAI tak tahu dah berapa ramai orang jadi kaya raya. Ada yang kaya kerana jadi katak. Ada yang seang dan popular kerana sanggup bermain dengan maruah. Dan yang semakin ramai sekarang ialah juak-juak palsu yang sedang bergelandangan dalam Pakatan Rakyat yang dah mula 'bermain mata' dengan para pedagang politik umngok yang semakin tersepit.

    BalasPadam
  5. Ibu segala parasit dalam Pakatan Rakyat yang selama ini bertenggek dan berkokok dalam kerajaan negeri selangor tuh dah belah dah. kini nunggu 'ekor-ekornya' sahaja untuk turut celah. No hal punyer tuh.

    BalasPadam
  6. tuan PDO....deme ni nak keluar boleh berambus terus...afdalnya..mintak semua pemimpin utama pakatan rakyat umum terus sesapa nak keluar ..boleh get loose sekarang..maknanya sapa2 yg nak keluar masa kat pru nanti sahih la pembohong besar kena suap dgn duit ...duit zakat kot mcm jamilkhir....

    BalasPadam
  7. keluar PKR kerana malu kat DSAI... anak dah malukan keluarga..takut nak berhadapan dengan DSAI..mana nak letak muka...cerita dongeng..ikut skrip utusan..

    BalasPadam
  8. Laa... mantan... bila dah takde kuasa biasanya memang mcm tu....
    komen dia pun tak kukuh mcm ikut skrip jer..ngape skrang baru nak bg tau.... takpe lah biaq dia dpt habuan dr umngok.. sekurangnya dia ada duit nak sara idup dia...
    Ada aku kisah.....

    BalasPadam
  9. Salah ke jika sesorang tu nak keluar tinggalkan PARTI KELENTONG RAKYAT? Tak betul ke bila seseorang itu keluar tinggalkan PARTI KENCING RAKYAT? Berdosakan kalau seseorang itu lari keluar tinggalkan PARTI KIAN RUNTUH? Salahkah kalau seseorang itu lari keluar tinggalkan PARTI KUMPULAN RAKUS/RASUAH?

    BalasPadam
  10. Yang keluar tu dah dapat PULUS.....dan berjuang tu hanya untuk TEKAK....hati2 dalam parti...!

    BalasPadam
  11. Yang masih duduk dalam Pakatan Rakyat tu maaflah.....
    Otak Lembab sikit....
    Otak slow sikit tak boleh fikir...

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Polis Ambil Keterangan Rakan Serumah Bagi Membantu Siasatan Kes Seorang Penuntut Wanita Maut Dibunuh Teman Lelaki Di Kuantan

KUANTAN: Polis mengambil keterangan tiga individu bagi membantu siasatan kes seorang penuntut wanita maut dipercayai dibunuh teman lelakinya...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.